Mobile Legends
MPL: “Terima kasih cikgu online” – Dominus

KUALA LUMPUR – Pemain Geek Fam Nik Aqieff Nik Muhd Muhyyiddin (Dominus) menghargai setiap komen dan kritikan yang dilemparkan warganet kepada pihaknya.
Dominus berkata dia dan pasukannya menghargai dan mengambil perhatian terhadap perkara itu.
“Terima kasih, peminat Geek Fam. Komen anda, kami baca.
“Kepada ‘cikgu online’, kami akan ambil perhatian. Benda itu (komen) boleh jadi benda baik.
“Teruskan memberikan komen-komen seperti itu,” kata Dominus.
Dia berkata demikian dalam satu temu bual Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kelapan (MPL MY S8) 2021 pada semalam selepas menewaskan Team Bosskurr 2-0.
@wtmtoday Taunting Player ❌Taunting Founder ✅#wtmtoday #MPLMYS8 #MLBB #MobileLegends #MLBBEsports #MPL #MobileEsports
Kemenangan Geek Fam itu sekali gus menghapuskan badi apabila bertembung dengan Team Bosskurr.
Sebelum ini Team Bosskurr dilihat mempunyai peratus kemenangan yang lebih banyak untuk menang menentang Geek Fam sehingga diberi gelaran “Team Bosskurr Buff”.
“Kami asyik kalah apabila jumpa dengn Team Bosskurr .
“Jadi, kami akan pastikan perkara itu tidak akan berlaku lagi,” kata Dominus dalam temu bual yang sama.
Dominus juga menjawab soalan pengulas mengenai rahsia Geek Fam yang dilihat selalu menang dalam pusingan pertama dalam mana-mana perlawanan.
Jelas Dominus, ia berikutan hasil latihan ketahanan mental yang oleh jurulatihnya, Ariff Iswandi (Amoux).
“Kami mahu memastikan yang kemenangan pusingan pertama menjadi milik kami untuk mendapatkan momentum.
“Amoux ‘tanam’ perkara itu dalam mental kami,” katanya.
Geek Fam kini mendahului kumpulan B MPL MY S8 dengan 60 peratus kemenangan.
MPL MY S8 telah membuka tirai pada 13 Ogos yang lalu.
Kejohanan itu masih mengekalkan hadiah wang terkumpul iaitu kira-kira RM420,000 (AS$100,000).
Pada musim kali ini, MPL telah menerima tajaan daripada syarikat makanan popular, KFC Malaysia.
https://www.instagram.com/p/CSHA6PAp8Bm/?utm_medium=copy_link