Connect with us

Mobile Legends

MPL: “Taunting? Santai je”- Daddyhood

Published

on

KUALA LUMPUR – Pengasas Team Bosskurr dan Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) menyifatkan taunting (mencemuh/mengejek) yang diberikan kepadanya adalah satu perkara biasa dalam e-sukan.

“Saya okay sahaja dengan dengan semua orang,” kata Daddyhood secara ringkas kepada WTM Today.

Daddyhood berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan pemain Geek Fam, Nik Aqieff Nik Muhd Muhyyiddin (Dominus) yang menunjukkan gambarnya dan rakan kongsi, Faris Zakaria (Soloz) selepas menang perlawanan menentang Team Bosskurr pada semalam.

Geek Fam menang 2-0 dalam perlawanan itu.

https://www.instagram.com/p/CS5fRbsJMIq/

Sementara itu, Team Bosskurr dan Homebois juga dilihat telah memuatnaik video berupa ‘meme‘ yang dilihat membahan diri sendiri di platform Instagram masing-masing.

“Benda boleh enjoy (berseronok), buat apa nak koyak (bersedih hati)?” kata Homebois dalam satu kapsyen.

https://www.instagram.com/p/CS6vPRoBr9q/

Pada peringkat Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kelapan (MPL MY S8) ketika ini Geek Fam kini mendahului kumpulan B  dengan 60 peratus kemenangan.

MPL MY S8 telah membuka tirai pada 13 Ogos yang lalu.

Kejohanan itu masih mengekalkan hadiah wang terkumpul iaitu kira-kira RM420,000 (AS$100,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved