Connect with us

Mobile Legends

Moonton lancar emote Badang suara Soloz dalam Mobile Legends

Published

on

Foto: Facebook / Soloz

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 nanti, pembangun e-sukan mudah alih Mobile Legends, Moonton, akan melancarkan emote eksklusif hero Badang dengan suara latar Penghibur Penstriman Langsung Nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz).

Ia sekali gus menjadikan Soloz sebagai rakyat Malaysia pertama yang mempunyai suara latar dalam game Mobile Legends.

“Saya teruja kerana menerima peluang sebagai rakyat Malaysia pertama yang mempunyai suara latar dalam Mobile Legends.

“Saya tak sabar nak tengok peminat Mobile Legends menggunakan emote itu dalam permainan,” kata Soloz dalam satu kenyataan media hari ini.

Emote itu akan menampilkan animasi Badang mengibarkan Jalur Gemilang.

Badang merupakan hero Malaysia pertama dalam Mobile Legends yang telah dilancarkan pada Januari 2019.

Bagi peminat yang mahu mendapatkan itu boleh log masuk permainan Mobile Legends bermula 26 Ogos sehingga 1 September nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved