Connect with us

Mobile Legends

M2: Selepas tewas, Todak dihujani ucapan terima kasih dari peminat

Published

on

Foto: TODAK

TIADA siapa suka akan kekalahan.

Matlamat ke kejohanan terbesar sesebuah e-sukan itu adalah bukan untuk mengutip pengalaman, tapi bagi meraih kemenangan.

Kemenangan utama untuk membawa pulang trofi dan gelaran juara untuk negara yang tercinta.

Namun langit tidak selalu cerah dan mungkin belum rezeki buat skuad Mobile Legends Malaysia, Todak untuk merasai takhta terbaik dunia.

Walaupun perjuangan di M2 telah tamat, usaha Todak dalam membawa negara buat kali kedua itu wajar diambil kira.

Susulan berita kekalahan Todak dengan pasukan nombor satu Filipina, Bren Esports, peminat-peminat e-sukan tidak putus menghantar komen dan ucapan penghargaan atas usaha pasukan itu.

https://www.instagram.com/p/CKYTmAYpr0V/

Di ruangan komen Instagram WTM Today, pemain profesional PUBG Mobile Team Secret MY, Asyam Allam (Rex) turut berkongsikan kata-kata semangat kepada Todak.

“Tidak mengapa. Permainan yang baik, cubaan yang bagus,” kata Rex.

Ada juga yang menyifatkan mutu permainan Todak dilihat semakin baik berbanding sebelum ini.

“Permainan yang baik, Todak! Sangat terhibur dengan permainan anda.

“Kami boleh lihat penambaikkan dalam Todak ketika ini. Jadi, cuba lagi pada kejohanan yang akan datang!” kata pengguna Instagram @imhanni_ml di ruangan komen WTM Today.

Sementara itu, ada juga peminat e-sukan dari Indonesia yang meluahkan hasrat untuk melihat pertembungan antara negaranya dan Malaysia di Final.

“Teringin (nak lihat) Final M2 Malaysia bertemu pasukan Indonesia.

“Tapi tidak mengapa, InsyaAllah tahun depan Todak boleh jadi juara. Salam dari Indo,”kata pengguna akaun Instagram @alpian_rrrrr.

Todak yang sebelum ini berada di kedudukan dua terbaik peringkat kumpulan B, mara ke peringkat pusingan penentu (playoff) pada semalam selepas mengalahkan pasukan Brazil Dreammax.

Pada perlawanan pertama lower bracket, Todak berjaya mengalahkan musuh ketat MPL, pasukan EVOS SG.

Satu-satunya pasukan Malaysia itu turut diwakili Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku), Zikry Shamsuddin (Moon), Mohamad Aiman Idris (Xray) Wan Usman Wan Imran (4Meyz) dan Zairul Hazim Zailani (Stoo).

M2 telah membuka tirai pada 18 Januari lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2juta (AS$300,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved