Connect with us

Mobile Legends

M2: Strategi Todak mudah dibaca – Bren Esports

Published

on

Jurulatih TODAK (Ashi) bersama rakan sepasukannya, Manity di Kejuaraan Dunia M2, Singapura.-Foto: TODAK

KAPTEN pasukan Mobile Legends nombor satu Filipina, Bren Esports, Angelo Kyle Arcangel (Pheww), menyifatkan strategi Todak pada perlawanan peringkat lower bracket Kejuaraan Dunia (M2) seketika tadi dilihat mudah dibaca.

Pheww berkata Todak dilihat sukar untuk mengadaptasi dengan corak permainan pihak lawan.

“Mereka dilihat hanya mempunyai satu strategi dan dilihat susah untuk melakukan serangan semula kepada pihak lawan.

“Todak juga dilihat mempunyai strategi yang spesifik yang boleh kami baca,” kata Pheww.

Pheww berkata demikian dalam satu sidang media atas talian selepas tamat perlawanan menentang Todak.

Dalam perlawanan itu, Pheww dan Bren Esports yang bermain dengan sangat agresif pada fasa awal permainan menang 2-1 ke atas Todak.

Pasukan Filipina itu mengambil masa kurang 13 minit untuk menumpaskan Todak dalam kedua-dua pusingan terakhir itu.

“Kami mempelbagaikan strategi supaya kami boleh mengadaptasi dengan corak permainan lawan,” tambah Pheww.

Menerusi kemenangan itu. Bren Esports akan bertemu dengan pasukan Indonesia Alter Ego pada jam 8 malam nanti.

Jelas Pheww, pasukannya akan bekerja keras memandangkan mereka perlu berlawan di peringkat lower bracket.

It’s do or die (Buat yang terbaik atau kalah). Kami mengharapkan yang terbaik untuk kedua-dua pasukan,”katanya.

M2 telah membuka tirai pada 18 Januari lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2juta (AS$300,000).

Kejuaraan dunia itu berlangsung di Singapura.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved