Connect with us

Mobile Legends

M2: Kemaraan Todak terhenti, GGWP Team Malaysia

Published

on

Foto: TODAK

SKUAD Mobile Legends Malaysia, Todak terpaksa akur dengan kekuatan pasukan nombor 1 Filipina, Bren Esports selepas kalah 1-2 pada peringkat lower bracket Kejuaraan Dunia M2 seketika tadi.

Todak yang memulakan permainan yang baik pada pusingan pertama dilihat mengalami kesulitan pada pusingan kedua dan ketiga perlawanan selepas Bren Esports memilih untuk bermain dengan sangat agresif.

Bren Esports mencuri dua mata kemenangan itu kurang dari 13 minit, iaitu 11 minit 27 saat pada pusingan kedua dan 12 minit 38 saat untuk pusingan kedua.

https://www.instagram.com/p/CKYTmAYpr0V/

Todak yang memulakan permainan yang sangat baik pada pusingan pertama berjaya mengheret Bren Esports ke minit ke-17 untuk mendapatkan kemenangan.

Dalam pusingan pertama itu, pemain tank Todak, Muhammad Rizwan Abdullah (Eone) muncul sebagai pemain terbaik.

Namun momentum kemenangan Todak tidak kekal lama apabila penggunaan meta empat hero tank pada pusingan kedua tidak menjadi.

Todak juga dilihat terpaksa bekerja keras pada pusingan ketiga apabila dua hero mage dari Bren Esports iaitu Harley dan Pharsa memberi kesan musnah yang besar sehingga memusnahkan benteng pertahanan Todak.

Todak sebelum ini bermula di peringkat kumpulan B, mara ke peringkat pusingan penentu (playoff) selepas mengalahkan pasukan EVOS SG pada semalam.

Satu-satunya pasukan Malaysia itu turut diwakili Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku), Zikry Shamsuddin (Moon), Mohamad Aiman Idris (Xray) Wan Usman Wan Imran (4Meyz) dan Zairul Hazim Zailani (Stoo).

M2 telah membuka tirai pada 18 Januari lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2juta (AS$300,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved