Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Axis Esports kalahkan pasukan Amerika Syarikat 2-0, raih 3 mata

Published

on

Menerusi kemenangan 2-0 itu, Axis Esports kini meraih 3 mata ketika ini dalam peringkat kumpulan. - Foto YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tanah air, Axis Esports berjaya meraih kemenangan pertama pada peringkat kumpulan B Kejohanan Dunia Mobile Legends menentang pasukan Amerika Syarikat, Team Gosu.

Menerusi kemenangan 2-0 itu, Axis Esports kini meraih 3 mata ketika ini dalam peringkat kumpulan.

Dalam kedua-dua pusingan kemenangan itu, Axis Esports seolah-olah terus bangkit dari kekalahan menentang gergasi Myanmar, Burmese Ghouls sebelum ini.

BACA: Axis Esports tewas 0-2 kepada Burmese Ghouls

Axis Esports sebelum itu tidak memperoleh apa-apa mata kemenangan berikutan kekalahan 0-2 kepada Burmese Ghouls.

Selain pasukan Myanmar, Burmese Ghouls dan Team Gosu, Axis Esports turut bersama dengan pasukan Laos, Candy Comeback.

Mereka perlu berada kedudukan dua teratas di peringkat kumpulan untuk mara ke acara utama, pusingan playoff yang akan berlangsung pada 15 November nanti.

Axis Esports akan bertemu dengan pasukan Laos Candy Comeback pada jam 5.30 petang nanti.

Axis Esports terdiri daripada pemain-pemain bakat muda tanah air, iaitu Loong, Evilx, Rynn, Scott, dan Lacid.

Pada Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat, mereka meraih tempat ketiga dan meraih slot ke M1.

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Jangan lupa menggunakan hashtag #MLBBM1 #M1World #MLBBWorld untuk menghangatkan lagi pertarungan terbaik dunia ini!

Anda juga belum terlewat untuk mendapatkan tiket, boleh layari: http://bit.ly/M1-Tickets.

Gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved