Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Axis Esports layak ke playoff

Published

on

Pada perlawanan pertama, Axis Esports hanya memerlukan 11 minit sahaja untuk menamatkan perlawanan dengan jurang mata bunuh (kils) yang agak besar iaitu 20-5. - Foto Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) tanah air, Axis Esports menjadi pasukan Malaysia pertama yang berjaya layak ke peringkat playoff Kejohanan Dunia Mobile Legends M1.

Axis Esports berjaya mara ke peringkat itu apabila mereka berjaya menewaskan pasukan tercorot kumpulan B, Candy Comeback.

Dalam pertarungan terakhir peringkat kumpulan, Axis Esports dilihat tidak berdepan kesukaran berdepan dengan wakil Laos itu.

Pada perlawanan pertama, Axis Esports hanya memerlukan 11 minit sahaja untuk menamatkan perlawanan dengan jurang mata bunuh (kills) yang agak besar iaitu 20-5.

Perlawanan kedua pula melihatkan Candy Comeback memberi sedikit saingan namun Axis Esports yang kelihatan sangat agresif untuk mencari 3 mata penuh untuk menempah tempat ke playoff nanti.

Pemain Marksman, Loong sekali lagi menunjukkan permainan yang baik menggunakan Bruno yang tidak mampu dibunuh oleh pihak lawan diangkat sebagai MVP dalam perlawanan tersebut.

Terdahulu Burmese Ghoul telah menjuarai kumpulan B dengan memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan.

Axis Esports yang terdiri daripada pemain-pemain bakat muda tanah air, iaitu Loong, Evilx, Rynn, Scott, dan Lacid menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B.

Pada Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat, mereka meraih tempat ketiga dan meraih slot ke M1.

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Bagi anda yang mahu mendapatkan tiket, boleh layari: http://bit.ly/M1-Tickets dan unakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved