Connect with us

Mobile Legends

#M1World: “Kami jangka Todak bagi saingan kuat” – Sunspark

Published

on

Dalam perlawanan Terbaik dalam 3 itu, Todak dilihat memberi saingan sengit kepada juara Liga Profesional (MPL) Filipina, Sunspark. - Foto YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) nombor 1 Malaysia, Todak kalah tipis 2-1 kepada pasukan Filipina, Sunspark dalam perlawanan peringkat kumpulan C Kejohanan Dunia Mobile Legends hari ini.

Dalam perlawanan Terbaik dalam 3 itu, Todak dilihat memberi saingan sengit kepada juara Liga Profesional (MPL) Filipina itu.

“Kami memang menjangkakan Todak akan bagi saingan kuat, sebab kami pun telah beri sehabis baik dalam perlawanan tadi.

“Apabila mereka menang pada pusingan kedua, keadaan itu memang memaksa kami untuk memberi tentangan hebat pada pusingan ketiga,” kata Kapten pasukan Sunspark yang menggunakan nama Rafflesia selepas tamat perlawanan itu.

Menerusi kemenangan itu, Sunspark memperoleh 2 mata dan Todak meraih 1 mata.

Todak dan Sunspark perlu berada di kedudukan dua teratas untuk mara ke Acara Utama Playoff Kejohanan Dunia Mobile Legends, di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Jumaat nanti.

Mereka turut bersama pasukan Turki, Evil Esports dan pasukan Brazil Geo Esports.

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Bagi anda yang mahu mendapatkan tiket untuk menonton kejohanan berprestij itu, boleh layari: http://bit.ly/M1-Tickets dan gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved