Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Todak raih 3 mata kemenangan, tewaskan pasukan Turki 2-0

Published

on

Todak memperoleh 3 mata kemenangan selepas menewaskan pasukan Turki, Evil Esports 2-0 pada peringkat kumplan C, Kejohanan Dunia Mobile Legends hari ini. - Foto YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) nombor 1 Malaysia, Todak memperoleh 3 mata kemenangan selepas menewaskan pasukan Turki, Evil Esports 2-0 pada peringkat kumplan C, Kejohanan Dunia Mobile Legends hari ini.

Dalam pusingan menentang pasukan Evil Esports, Todak dilihat memberi tekanan yang sangat kuat kepada pasukan Eropah itu.

Terutama pada pusingan pertama, apabila mereka mampu menukarkan situasi yang berpihak kepada mereka meski terpaksa berusaha keras selama 22 minit dan 3 saat.

Selain itu pada pusingan kedua pula Todak mengambil keputusan untuk menamatkanya dengan cepat mungkin.

Strategi tersebut menjadi apabila kapten pasukan tersebut, Moon menggunakan hero Chang’e dengan sangat hebat digabung dengan kerjasama yang tiada tandingan bersama ahli-ahli pasukan yang lain.

Selain Moon, Todak tediri daripada Ciku, Eone, Nenes dan Xray.

Mereka sebelum ini meraih tempat kedua dalam Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura selepas tewas 3-2 di Grand Final dengan EVOS Esports SG.

EVOS Esports SG bagaimana pun tidak dapat mara ke pusingan seterusnya selepas terkandas di peringkat kumpulan A pada Isnin.

Todak perlu berada di kedudukan dua teratas dalam kumpulan C untuk mara ke Acara Utama Playoff Kejohanan Dunia Mobile Legends, di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Jumaat nanti.

Dalam Kumpulan C, selain Evil Esports, Todak turut bersama juara MPL Filipina, Sunspark dan pasukan Brazil Geo Esports.

Todak akan bertemu dengan Geo Esports pada petang nanti jam 5.30 petang.

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Anda juga belum terlewat untuk mendapatkan tiket, boleh layari: http://bit.ly/M1-Tickets dan gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved