Connect with us

Mobile Legends

M1World: “Geo Esports, dalam bola sepak anda boleh menang tapi dalam Mobile Legends…”

Published

on

Moon (kanan) dan Todak akan bertemu dengan pasukan Brazil Geo Esports pada petang nanti jam 5.30 petang. - Foto YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – “Geo Esport, selamat datang ke Malaysia. Dalam bola sepak anda boleh menang sebab ada Neymar, tapi di Malaysia anda tidak boleh menang (dalam Mobile Legends).”

Itu antara kata-kata kapten pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Zikry Shamsuddin, Moon, yang bakal berdepan dengan pasukan Brazil, Geo Esports pada peringkat kumpulan C, Kejohanan Dunia Mobile Legends petang nanti.

BACA: Keyakinan luar biasa Moon Todak

Setakat ini, Moon dan Todak berjaya meraih 4 mata kemenangan selepas menentang pasukan FIlipina Sunspark dan pasukan Turki, Evil Esports.

Ketika berlawan dengan juara Liga Profesional (MPL) Filipina itu, Todak tewas 1-2 dan meraih 1 mata.

Selepas itu, Todak bertemu dengan pasukan Evil Esports, menang 2-0 dan meraih 3 mata.

Menurut Moon, banyak perkara yang dia telah pelajari sepanjang berada di peringkat kumpulan kejohanan dunia itu.

“Kami dapat belajar benda baharu dan corak permainana yang baharu. Kami berasa gembira apabila kami berjaya bangkit menang menentang Evil Esports selepas tewas kepada Sunspark.

“Kami menggunakan kelebihan skil hero yang ada dan yang paling penting komunikasi berkesan antara pemain,” kata Moon.

Tambah Moon, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya dan Todak, sepanjang penglibatannya dan rakan seperjuangan dalam arena e-sukan.

Moon dan Todak berjaya mendapatkan slot ke M1 selepas meraih tempat kedua MPL Malaysia dan Singapura baru-baru ini selepas tewas 3-2 di Grand Final dengan EVOS Esports SG.

EVOS Esports SG bagaimana pun tidak dapat mara ke pusingan seterusnya selepas terkandas di peringkat kumpulan A pada Isnin.

Todak perlu berada di kedudukan dua teratas untuk mara ke Acara Utama Playoff Kejohanan Dunia Mobile Legends, di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Jumaat nanti.

Todak akan bertemu dengan Geo Esports pada petang nanti jam 5.30 petang.

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Anda juga belum terlewat untuk mendapatkan tiket, boleh layari: http://bit.ly/M1-Tickets dan gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved