Mobile Legends
#M1World: Todak layak acara utama, ungguli saingan kumpulan C

KUALA LUMPUR – Selepas Axis Esports layak ke peringkat playoff semalam, satu lagi wakil wakil Malaysia, pasukan Todak turut mengikuti langkah sama selepas berjaya mengungguli peringkat kumpulan C Kejohanan Dunia Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) hari ini.
Todak berjaya ke acara utama kejohanan dunia itu apabila mereka berjaya mengumpul 7 mata secara keseluruhan selepas berjaya menewaskan pasukan Geo Esports dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan 2-0.
Pada perlawanan pertama menentang wakil Brazil itu, Moon yang mengetuai pasukan Todak bermain dengan sungguh baik menggunakan Lunox dan hanya memerlukan lebih kurang 9 minit sahaja untuk mengenepikan saingan daripada lawan mereka.
Momentum kemenangan itu diteruskan lagi dalam perlawanan yang kedua apabila Todak dengan mudah membenam saingan pasukan tercorot kumpulan C itu dengan pemain tank, Eone beraksi cemerlang sebagai Grock yang mempunyai KDA 6/0/8.
Todak yang dianggotai oleh Moon, Lychee, Ciku, Eone, Nenas dan Xray juga merupakan naib juara Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura musim ke-4 yang lalu.
Pada peringkat kumpulan C yang bermula pada pagi tadi, Todak berdepan dengan juara Liga Profesional (MPL) Filipina itu, Todak tewas 1-2 dan meraih 1 mata.
Selepas itu, Todak bertemu dengan pasukan Evil Esports, menang 2-0 dan meraih 3 mata.
Dengan 7 mata terkumpul, Todak berada di kedudukan dua pasukan teratas dalam kumpulan C dan mara ke acara utama kejohanan dunia itu.
16 pasukan terbaik MLBB yang mewakili 14 buah negara akan bertanding merebut gelaran juara kejohanan dunia yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM1 juta (AS$250,000).
Bagi anda yang mahu mendapatkan tiket untuk menonton kejohanan berprestij itu, anda boleh layari: http://bit.ly/M1-Tickets dan gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian.