Connect with us

Mobile Legends

#M1World : Todak bakal langgar RRQ esok

Published

on

Todak yang mengungguli peringkat Kumpulan C bakal menentang naib juara Liga Profesional (MPL) Indonesia itu pada pusingan kelompok utama (upper bracket) yang dijangka berlangsung pada jam 11 pagi, Jumaat ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) nombor satu Malaysia, Todak bakal bertemu dengan salah satu gergasi Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) Hoshi dalam Acara Utama Kejohanan Dunia Mobile Legends di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Todak yang mengungguli peringkat Kumpulan C bakal menentang naib juara Liga Profesional (MPL) Indonesia itu pada pusingan kelompok utama (upper bracket) yang dijangka berlangsung pada jam 11 pagi, Jumaat ini.

Todak berjaya ke acara utama kejohanan dunia itu apabila mereka berjaya mengumpul 7 mata secara keseluruhan dalam Kumpulan C, berada di hadapan pasukan Filipina, Sunsparks.

BACA: Todak layak acara utama, ungguli saingan kumpulan C

Pada peringkat kumpulan C yang berlangsung semalam, Todak pada mulanya tewas 1-2 dengan juara Liga Profesional (MPL) Filipina itu dan meraih 1 mata.

Selepas itu, Todak bertemu dengan pasukan Turki, Evil Esports, menang 2-0 dan meraih 3 mata.

Pada sebelah petang, Todak turut mengekalkan prestasi yang konsisten apabila menentang pasukan Brazil Geo Esports dan menang 2-0.

BACA: “Geo Esports, dalam bola sepak anda boleh menang tapi dalam Mobile Legends…”

Todak yang dianggotai oleh Moon, Lychee, Ciku, Eone, Nenas dan Xray juga merupakan naib juara Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura musim ke-4 yang lalu.

Mereka dilihat pasukan paling kuat di Malaysia setakat ini.

Sementara itu, RRQ Hoshi turut berada di kedudukan pertama peringkat kumpulan apabila berjaya mengutip 8 mata kemenangan.

Turut mengikuti langkah RRQ Hoshi ke acara utama adalah pasukan Vietnam Vec Fantasy Main yang juga berada dalam Kumpulan A.

Selain itu, satu lagi pasukan Malaysia, Axis Esports turut layak ke acara utama kejohanan dunia itu namun akan berada di Kelompok Bawah apabila mereka menduduki kedudukan nombor 2 pada peringkat kumpulan B sebelum ini.

Juara peringkat kumpulan B, iaitu pasukan Myanmar Burmese Ghouls turut mara ke acara utama dan akan berada di dalam kelompok utama.

16 pasukan terbaik Mobile Legends dari seluruh dunia kini sedang bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Anda juga belum terlewat untuk mendapatkan tiket, boleh layari: http://bit.ly/M1-Tickets dan gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved