Connect with us

Mobile Legends

#M1World: EVOS Legends, Sunsparks berjaya mara, VEC Fantasy Main mangsa pertama penyingkiran

Published

on

EVOS Legends masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di kejohanan dunia Mobile Legends M1 selepas menewaskan Burmese Ghouls, 2-0 di acara utama. -Foto MPL / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Juara Liga Professional (MPL) Indonesia, EVOS Legends dan wakil Filipina, Sunsparks menepati ramalan mara ke peringkat seterusnya.

Kedua-dua pasukan tersebut berjaya menewaskan lawan masing-masing dengan mata 2-0.

Terdahulu EVOS Legends telah mengenepikan saingan juara 2 kali Liga Professional (MPL) Myanmar, Burmese Ghouls untuk meneruskan kemaraan mereka dalam kelompok utama kejohanan dunia.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan untuk perlawanan ini kerana EVOS Legends terlalu mendominasi dan tidak memberi peluang kepada pasukan dari Myanmar itu untuk bernafas.

Kurang daripada 20 minit sahaja diperlukan untuk memenangi kedua-dua perlawanan dan bakal bertemu pasukan senegara, Rex Regum Qeon.

Bagi Sunsparks pula, meskipun memenangi perlawanan dengan mata 2-0 namun VEC Fantasy Main memberi saingan yang sangat sengit.

Hampir-hampir sahaja mereka tewas dalam perlawanan kedua namun permainan baik dipertunjukkan oleh Rafflesia yang menggunakan Khufra telah menghalang daripada perkara itu berlaku dan sekali gus berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Sunsparks sedang menunggu pemenang sama ada 10s Gaming Plus ataupun wakil tuan rumah Axis Esports.

Tinggal lagi 7 pasukan sahaja lagi yang sedang merebut hadiah terkumpul bernilai RM1 juta (AS$250,000) dalam kejohanan dunia Mobile Legends M1 yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved