Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Wakil negara matahari terbit terus bersinar, Axis Esports terkandas.

Published

on

Axis Esports terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan dunia selepas tewas 0-2 kepada 10s Gaming Plus. - Foto MPL / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Harapan ribuan penyokong tuan rumah yang hadir di Axiata Arenayang ingin melihat pasukan kesayangan mereka, Axis Esports mara ke peringkat seterusnya berkecai apabila mereka ditunjukkan jalan keluar oleh 10s Gaming Plus dengan mata 0-2.

Pasukan daripada negara matahari terbit tersebut yang menjadi kuda hitam dalam kejohanan dunia edisi sulung ini telah menjangkaui ramalan ramai peminat permainan ini.

Axis Esports yang hanya mempunyai satu sahaja peluang untuk kekal dalam saingan terpaksa akur dengan corak permainan agresif yang ditampilkan oleh 10s Gaming Plus.

Dalam perlawanan pertama barisan hero mobiliti yang dibawa masuk oleh wakil Jepun itu nyata memberi masalah yang cukup besar kepada pasukan Axis Esports dan terpaksa memberikan kemenangan pertama buat 10s Gaming Plus.

Axis Esports membawa masuk hero Lylia dalam perlawanan kedua namun pemilihan hero Karrie yang diberikan kepada pemain marksman 10s Gaming Plus, Pappa nyata memberikan impak yang besar kepada perlawanan dan akhirnya Axis Esports hanya mampu akur dengan kekalahan yang cukup mudah kepada pasukan dari Jepun itu.

Tanggungjawab untuk menebus maruah negara terletak kepada pasukan Todak apabila mereka dijangka bertemu dengan pasukan 10s Gaming Plus esok di dalam saingan kelompok bawahan.

Kini baki 6 pasukan bakal berentap bagi merebut hadiah terkumpul RM1 Juta (AS$250,000) di kejohanan dunia Mobile Legends M1.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved