Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Jongor paruh Todak semakin tajam, Rex Regum Qeon dirobek rakus

Published

on

Pasukan Todak berjaya mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan Rex Regum Qeon 2-1. – Foto MPL / Mobil Legends

KUALA LUMPUR –  Pasukan Mobile Legend nombor 1 negara, Todak membuka tirai acara utama kejohanan dunia Mobile Legend M1 dengan langkah kanan apabila berjaya mara ke peringkat seterusnya setelah membenam saingan Rex Regum Qeon 2-1.

Semangat juang dalam pasukan Todak telah berjaya diterjemahkan dengan satu corak permainan yang cukup baik sehinggakan wakil negara jiran itu terpaksa akur dengan kekalahan ini.

Pasukan Todak bakal meneruskan saingan dalam kelompok utama dan sedang menanti pemenang perlawanan seterusnya di antara juara dua kali Liga Professional (MPL) Myanmar, Burmese Ghoul ataupun wakil Indonesia, EVOS Legends.

Berita lanjut menyusul.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved