Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Axis Esports tewas 0-2 kepada Burmese Ghouls

Published

on

Axis Esports perlu berada kedudukan dua teratas di peringkat kumpulan B untuk mara ke pusingan playoff. - Foto YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MobileLegends) tanah air, Axis Esports tewas 0-2 kepada pasukan Myanmar, Burmese Ghouls pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B Kejohanan Dunia Mobile Legends (M1) seketika tadi.

Dalam kedua-dua pusingan itu menyaksikan Axis Esports tewas pada early game apabila Burmese Ghouls hanya mengambil masa kurang dari 11 minit untuk meraih mata kemenangan.

Menerusi kekalahan itu, Axis Esports tidak memperoleh sebarang mata ketika ini.

Selain pasukan Myanmar, Burmese Ghouls, Axis Esports turut bersama dengan pasukan Amerika Syarikat Team Gosu dan pasukan Laos, Candy Comeback.

Mereka perlu berada kedudukan dua teratas di peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan yang seterusnya.

Axis Esports akan bertemu dengan Team Gosu pada jam 11.30 pagi nanti.

Axis Esports terdiri daripada pemain-pemain bakat muda tanah air, iaitu Loong, Evilx, Rynn, Scott, dan Lacid.

Pada Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat, mereka meraih tempat ketiga dan meraih slot ke M1.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved