Connect with us

PUBG Mobile

J8 Esports guna logo baru, tak mahu drama

Published

on

Foto: FB / J8 Esports

PASUKAN PUBG Mobile tanah air J8 Esports hari ini telah telah memuatnaik satu gambar logo baharu pada tengah hari tadi.

Menurut J8 Esports, keputusan untuk menggunakan logo baru itu adalah untuk mengelak dari berlaku drama tidak berkaitan yang akan memberi kesan kepada pasukan atau liga.

BACA: Boyka mohon maaf J8 Esports tak lepas Super Weekend

“Kami tidak mahu ada drama atau kerumitan yang akan berlaku kepada liga atau pasukan.

“Kami menyifatkan pilihan terbaik ketika ini adalah menukar logo pasukan,” kata J8 Esports kepada WTM Today hari ini.

Difahamkan, selepas memenangi peringkat Super Weekend 1, J8 Esports terpalit dengan beberapa tuduhan di media sosial.

Kapten J8 Esports Khairunnazri Masli (Boyka) juga telah melakukan satu penstriman langsung untuk menjelaskan dan menenangkan situasi yang berlaku.

J8 Esports kini dalam misi untuk mendapatkan kedudukan 16 terbaik peringkat liga.

Pasukan itu yang pernah mendominasi peringkat Super Weekend 1 kini berada di ranking ke-11 dengan kutipan 143 mata.

https://www.instagram.com/p/CM99qb2JiNP/

Berbaki satu minggu sahaja lagi peringkat liga, adakah J8 Esports mampu membawa kebangkitan semula yang tiada tandinganya?

Nantikan Rabu ini, jam 5.30 petang di Facebook atau YouTube PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved