Connect with us

PUBG Mobile

Comeback is real boys, Dingoz MPX dari nombor 14 naik ke top 3

Published

on

MENEPATI jangkaan ramai, pasukan profesional Dingoz MPX kini kembali dalam persaingan untuk memburu slot automatik Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Finals) apabila berjaya melakukan kebangkitan semula pada peringkat Super Weekend 2 baru-baru ini.

Pasukan berpengalaman itu berjaya untuk mengutip 167 mata dalam jangka masa dua hari sekaligus memperbaiki kedudukan dari tempat ke-14 liga, naik ke tempat ketiga secara keseluruhan.

Meskipun memulakan peringkat liga dengan cemerlang apabila berjaya menduduki tangga teratas peringkat Weekday 1, Dingoz MPX bagaimanapun dilihat kehilangan momentum sebaik sahaja melangkah masuk ke peringkat Super Weekend 1.

Pada peringkat Weekday 1, Dingoz MPX yang turut dikenali sebagai King of Scrim Malaysia berada di ranking pertama dengan 156 mata dan Chicken Dinner.

Pemain support dan scouter Dingoz MPX, Haziq Hanafi (Appy) turut muncul sebagai pemain Fragger terbaik peringkat Weekday 1 dengan kutipan 34 mata bunuh.

https://www.instagram.com/p/CM3ku0TJ6yU/

Masuk sahaja peringkat Super Weekend 1, aura Dingoz MPX secara tiba-tiba hilang apabila pasukan itu dilihat selalu terkeluar awal dan akhirnya sekarang mampu berada di kedudukan ke-14 dengan 61 mata.

Pada peringkat Weekday 2 pula Dingoz MPX dilihat masih belum menunjukkan sebarang kebangkitan namun masih mampu berada dalam kelompok 16 terbaik untuk mendapatkan tiket ke Super Weekend 2.

Menurut jurulatih pasukan Dingoz MPX, Muhammad Nur Azmi Mohammed Halim (Pasha), pasukannya tidak mahu mensia-siakan baki-baki hari Weekday 2 dan menggunakan sepenuhnya untuk mencuba strategi baharu.

Foto : PUBG Mobile Esports

“Momentum pasukan kami tidak tentu.

“Pada awalnya penukaran posisi kami menjadi namun selepas itu pada awal Weekday kami mengalami kesukaran.

“Oleh itu, dalam pusingan-pusingan terakhir Weekday, kami cuba melakukan eksperimen jalur koordinasi baharu dan kami mampu tunjukkan hasil tersebut pada peringkat Super Weekend untuk bangkit semula,” jelas Pasha dalam satu temu bual PMPL MYSG S3 baru-baru ini.

Namun demikian, setelah mengkaji pihak lawan dan perubahan jalur koordinasi, pasukan Dingoz MPX kembali cemerlang dalam Super Weekend 2 untuk memungut mata kejohanan yang berharga.

Aksi ‘flank katak‘ Appy pada pusingan kedua Super Weekend 2, membantu pasukan Dingoz MPX mendapat Chicken Dinner.

https://www.instagram.com/p/CNNAc3KJKNM/

Sepanjang 14 pusingan Super Weekend 2, pasukan itu hanya sekali sahaja terkeluar awal iaitu pada pusingan ketiga di Sanhok. Berikut adalah kutipan mata Dingoz MPX dalam Super Weekend 2:

Hari Pertama Super Weekend 2
Pusingan 1: 8 mata
Pusingan 2: 25 mata
Pusingan 3: 0 mata
Pusingan 4: 30 mata
Pusingan 5: 24 mata
Pusingan 6: 8 mata

Hari Kedua Super Weekend 2
Pusingan 1: 16 mata
Pusingan 2: 20 mata
Pusingan 3: 3 mata
Pusingan 4: 10 mata
Pusingan 5: 17 mata
Pusingan 6: 6 mata

Kemenangan Pertama SuperWeekend 2:Rumah terbuka di Pochinki, Chicken Percuma buat kami

Tenang dan sabar, melakukan satu serangan dari arah kota Rozhok, iaitu lokasi mendarat pasukan mereka, pasukan Dingoz MPX berjaya meneliti pergerakan pasukan-pasukan yang mahu membuat rusuhan ke dalam kota Pochinki.

Dengan penilitian tersebut, arahan dikeluarkan untuk mengawal kawasan tepi bulatan bahagian utara peta sekaligus mengawal bahagian rumah kecil yang berada di dalam zon selamat.

Pasukan Dingoz MPX berjaya mengawal kawasan utara bulatan dan tidak mempunyai halangan besar untuk masuk ke kawasan zon selamat seterusnya.

Keputusan bijak untuk tidak melakukan sebarang penukaran posisi dari kawasan utara dilihat membuahkan hasil bagi Dingoz MPX apabila “rumah terbuka” di Pochinki rata-rata menyingkirkan lebih lima pasukan dalam pusingan tersebut.

Foto: PUBG Mobile Esports

Kemenangan Kedua Super Weekend 2: “Kawal kawasan perumahan, Kawal Circle Terakhir”

Pengawalan kawasan perumahan yang cemerlang dari pasukan Dingoz MPX dilihat menjadi kunci kemenangan bagi pasukan tersebut bagi peta Miramar.

Kawasan perumahan berjaya dieksploitasi oleh Dingoz MPX untuk menghalang daripada terkesan oleh pihak-pihak musuh dalam kawasan zon yang tidak mempunyai banyak tempat untuk berlindung.

Kebanyakan pasukan-pasukan pihak lawan terpaksa berlari di kawasan tanah lapang atau menggunakan kawasan banjaran sebagai pelindung yang mengakibatkan mereka lebih mudah untuk dikesan dan dijatuhkan.

Foto: PUBG Mobile Esports

Dalam perlawanan 4 lawan 3 pada zon terakhir yang memihak kepada pasukan Dingoz MPX, pasukan JP NSEA dilihat tidak mampu untuk menahan kehebatan kemahiran menembak pasukan Dingoz MPX yang terdiri daripada antara fragger-fragger terbaik Malaysia.

Situasi ini bertambah teruk bagi pasukan JP NSEA apabila pasukan tersebut dilihat seperti tersepit dan tidak mempunyai kawasan yang luas untuk memulakan langkah ke zon selamat seterusnya.

Appy turut memainkan peranan yang penting iaitu mengawal kawasan tanah tinggi untuk memastikan pasukan JP NSEA mempunyai kesukaran untuk masuk ke dalam zon selamat seterusnya.

Foto: PUBG Mobile Malaysia

Mampukah Dingoz MPX meneruskan konsistensi untuk menamatkan minggu terakhir peringkat liga PMPL MYSG di kedudukan teratas?

PMPL MYSG S3 telah bermula pada 24 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 25 April nanti. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Anda boleh saksikan kejohanan liga PMPL MYSG secara langsung di laman Youtube, WeTV dan Facebook Gaming.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved