Connect with us

PUBG Mobile

Ibu terharu Leixia hadiahkan phone

Published

on

PEMAIN profesional Mobile Legends RSG MY, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia) dan adik-beradiknya telah melakukan satu kejutan kepada ibu mereka baru-baru ini.

Dalam satu video Insta Story, Leixia dan adik-beradiknya merancang untuk membelikan sebuah telefon pintar untuk ibunya.

https://www.instagram.com/p/CNUsHFaJtpc/

“Telefon mak memang sudah tidak baik kerana sudah lama. Jadi kami adik-beradik bercadang untuk membelikannya telefon baru.

“Sebelum ini telefon mak asyik tak mencukupi ruang memori kerana ia hanya mempunyai simpanan sebanyak 16GB.

“Kami selalu berkongsikan gambar menerusi kumpulan Whatsapp keluarga. Sebelum ini, Leixia pun sudah lama tak balik, jadi kadang-kadang telefon mak tak boleh muat turun gambar kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi,” kata Leixia kepada WTM Today.

Dalam video tersebut, ibu Leixia dilihat sangat terharu dengan kejutan daripada anak-anaknya itu.

Leixia yang merupakan sebahagian daripada barisan utama RSG MY kini sedang bersaing dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPL MY S7).

Leixia dan RSG MY menunjukkan satu kebangkitan yang sangat baik baru-baru ini apabila menang berturut-turut menentang Team Bosskurr dan Suhaz EVOS pada minggu keempat MPL MY S7.

Pasukan itu berada di ranking keempat Kumpulan B dengan catatan kemenangan 50% ketika ini.

Jika anda mahu melihat aksi Leixia dan rakan-rakan sepasukannya, tonton MPL MY S7 yang akan kembali untuk minggu kelima pada Jumaat nanti.

Siaran langsung MPL MY S7 boleh ditonton di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved