Connect with us

PUBG Mobile

Boyka mohon maaf J8 Esports tak lepas Super Weekend

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Kapten pasukan PUBG Mobile tanah air J8 Esports, Khairunnazri Masli (Boyka) memohon maaf kepada penyokong dan peminat skuad itu selepas gagal melepasi ke peringkat Super Weekend 2 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3).

https://www.instagram.com/p/CNKn08UpcHG/

Boyka berkata pasukannya akan kembali lebih baik pada minggu yang akan datang.

“Ini bukan yang terakhir dan liga masih belum menemui penamatnya.

“Saya masih berbangga dengan rakan-rakan sepasukan saya walaupun dilanda drama dan situasi yang memberi tekanan emosi.

“Kami akan terus berkerja keras sehingga ke akhirnya. Minggu kedua ini bukan rezeki kami,” kata Boyka.

Dia berkata demikian dalam satu catatan Insta Story peribadi pada malam tadi.

Dalam catatan itu, Boyka juga memohon maaf kepada pemain-pemainnya, Zully, Damqt, Aniq dan Mail berikutan situasi yang melanda J8 Esports.

Difahamkan, selepas memenangi peringkat Super Weekend 1, J8 Esports terpalit dengan beberapa tuduhan di media sosial. Boyka juga telah melakukan satu penstriman langsung untuk menjelaskan dan menenangkan situasi yang berlaku.

J8 Esports ketika ini mengungguli ranking pertama Super Weekend dengan rekod 143 mata ketika ini.

J8 Esports juga merupakan satu-satunya pasukan ketika ini yang mempunyai 3 Chicken Dinner di peringkat itu.

Berada di belakang J8 Esports adalah pasukan yang sedang meningkat naik, Doktor Internet Taugeh Ayam (Dr TA) dengan kutipan 138 mata.

J8 Esports bagaimanapun terlepas untuk menyertai peringkat Super Weekend ketika ini selepas berada di kedudukan empat terbawah peringkat Weekday 2.

Pasukan itu dilihat sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik pada hari terakhir Weekday yang lalu.

Pasukan itu hanya memperoleh 41 mata dan berada di kedudukan ke-19.

J8 Esports masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan dan mensasarkan kedudukan 16 terbaik peringkat liga untuk melepasi ke peringkat final.

PMPL MYSG S3 telah bermula pada 24 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 25 April nanti. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved