Connect with us

PUBG Mobile

“Mummy sampai nangis, doa sepanjang awak main”

Published

on

KUALA LUMPUR – Tiada penyokong yang lebih hebat selain daripada ibu bapa sendiri.

Itu yang dapat dilihat menerusi satu syot layar perbualan yang dikongsikan pemain profesional PUBG Mobile, Azmal Jasni (iNaoki) bersama dengan ibu dan bapanya.

https://www.instagram.com/p/CNKvDalJwto/

Mummy (ibu) sampai menangis berdoa sepanjang awak bermain. Mummy berdoa sangat-sangat.

“Syukur sangat-sangat kamu sudah buat yang terbaik. Itulah namanya rezeki. Kami mahu kamu berjaya. Akhirnya (berjaya) mendapat Chicken,” kata ibu Naoki dalam perbualan itu.

Dalam Insta Story yang sama, iNaoki juga berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya kerana sentiasa mendoakan kejayaannya dan adiknya Jaslee Jasni (420) yang juga merupakan pemain PUBG Mobile. 420 bermain untuk pasukan DMS FV.

Pada semalam, iNaoki dan Homebois turut berjaya mendapatkan Chicken Dinner pertama dalam liga musim kali ini.

Syot layar IG Story iNaoki. Foto Instagram / iNaoki

INaoki dan 420 kini sedang bersaing di peringkat Liga Profesional Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021.

Kedua-dua pemain itu berjaya mara peringkat Super Weekend 2 selepas masing-masing berada di kedudukan ke-11 dan ke-15.

Super Weekend 2 PMPL MYSG S3 2021 akan bermula pada jam 6 petang nanti di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

16 pasukan akan bertanding di peringkat ini untuk mendapatkan slot final yang dijangka akan berlangsung akhir bulan nanti.

Juara peringkat liga dan final akan mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara.

PMPL MYSG S3 telah bermula pada 24 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 25 April nanti. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved