PUBG Mobile
Agus perform debut PMPL
PENGHIBUR penstriman langsung, Dwi Agus Rian Supardi (Agus) kembali ke gelanggang profesional selepas membuat kemunculan pertama dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) pada semalam.
Agus yang merupakan pemain Al-Ikhlas R2K juga berjaya tersenarai ranking perlawanan bagi kategori pemain yang mencatatkan tembakan jarak paling jauh.
Dalam pusingan ke-14 Weekday 2 PMPL MYSG S3, Agus berjaya mencatatkan tembakan sejauh 333 meter.

Dia dan Al-Ikhlas R2K juga berada dalam ranking keempat peta Erangel itu dengan kutipan 6 mata bunuh dan 8 mata kedudukan.
Meski tidak berjaya meraih Chicken Dinner, Agus sempat mendapatkan 3 mata bunuh dalam pusingan itu.
Menerusi corak permainan dan prestasi yang semakin baik, Agus bersama Al-Ikhlas R2K berjaya mara ke peringkat Super Weekend 2 buat kali pertama dalam PMPL MYSG S3.
Sebelum menyertai Al-Ikhlas R2K, Agus merupakan penghibur penstrimang langsung dan pernah bemain untuk pasukan STP Bosskurr.
Agus juga pernah bermain untuk salah satu pasukan gergasi Malaysia, AROV Esports.
Dia pernah mewakili tanah air ke Shanghai, China untuk menyertai kejohanan PUBG Mobile Club Open Asia Tenggara pada tahun 2018.
