Connect with us

PUBG Mobile

Kehadiran Jangs beri impak besar Bigetron RA – Ryzen

Published

on

Foto: BIGETRON ESPORTS

PERKHIDMATAN Muhammad Farhan Abdul Gafar (Jangs) sebagai jurulatih pasukan bertaraf dunia Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) sememangnya memberi impak yang besar, kata pemain Muhammad Albi (Ryzen).

BACA: Jangs pintar, bersemangat tinggi -CEO Bigetron

Ryzen berkata bantuan Jangs amat penting dalam menganalisis corak permainan pasukan-pasukan lain.

“Peranan jurulatih beri impak yang besar kepada pasukan.

“Meski Jangs melatih kami menerusi atas talian (online), ia tidak menjadi satu masalah. Kami boleh menggunakan aplikasi Discord.

“Namun jika Jangs dapat menyertai kami di gaming house adalah lebih baik,”kata Ryzen.

Ryzen berkata demikian dalam satu temu bual Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia Musim Ketiga (PMPL ID S3) pada semalam, selepas memenangi Chicken Dinner pusingan ketiga Super Weekend 2.

Dalam pusingan itu, Ryzen yang pernah memenangi Anugerah Gunkiller Player SEA Final Musim Kedua sempat menunjukkan aksi luar biasa dengan mengutip 11 mata bunuh.

Ryzen berkata penukaran koordinasi Bigetron RA ke kawasan Camp Bravo dilihat berjalan lancar tanpa diganggu pasukan lain.

Prestasi dan momentum Bigetron RA dilihat lebih baik pada minggu ini apabila pasukan itu mampu mengutip 124 mata secara keseluruhan dengan dua Chicken Dinner dalam masa satu hari.

https://www.instagram.com/p/CNOn3TQJ3WA/

Bagi peringkat Super Weekend, pasukan itu mengutip 219 mata secara keseluruhan ketika ini.

Pasukan itu juga mencatatkan kutipan mata bunuh paling banyak dalam PMPL ID S3 iaitu 249 mata (Weekday + Super Weekend).

Sementara itu, Jangs ketika ini masih lagi berada di Malaysia berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Dia dijangka akan berlepas ke Indonesia dalam masa terdekat.

Jangs yang dipilih untuk melatih pasukan itu kerana kepintaran dan semangatnya, menyertai Bigetron Red Aliens pada 18 Mac lalu sebelum PMPL ID S3 bermula.

Liga terbesar PUBG Mobile itu akan kembali hari ini. Anda boleh tonton di Facebok atau YouTube PUBG Mobile Indonesia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved