Connect with us

Mobile Legends

Isu Lunatix dan pemain Myanmar: Zacus bidas tuduhan Kid

Published

on

Foto: Instagram Zacus

INI adalah bahagian ketiga kes Team Lunatix dan pemain-pemain import Myanmar yang telah didaftakan untuk bertanding dalam Liga Profesional Malaysia Musim Ke-12 .

Bahagian 1: 3 Pemain ‘log out’ sebelum MPL, Lunatix rugi hampir RM10,000

Bahagian 2: Kid buka mulut selepas dakwaan Team Lunatix

Kali ini, menerusi pemain tempatan yang bermain untuk Team Lunatix pada musim kali ini, Zaki Ibrahim (Zacus).

Dalam satu kenyataan media sosial hari ini, Zacus membidas beberapa kenyataan pemain Myanmar Hein Thu (Kid), termasuklah berkenaan isu minyak masak.

Jelas Zacus, setiap minggu pemilik Team Lunatix yang dikenali sebagai Datuk Wayne Huang akan membeli minyak masak baru bersama keperluan lain.

“Stingy (Pengurus) hari-hari masak dan tak pernah guna minyak sama.

“Kalau kotor, kenapa pemain lain masih sihat?

“Kenapa pemain Filipina hari-hari makan masakan yang dimasak?” soal Zacus dalam satu kenyataan.

Zacus turut mengulas mengenai isu selimut dan katil dan mendakwa pihak pengurusan ada membelikan selimut baru namun pemain-pemain Myanmar yang tidak mahu.

Dakwa Zacus lagi, mereka juga meminta katil seperti katil jenama IKEA walaupun isu katil tidak ada dibangkitkan langsung dalam kalangan pemain yang lain.

Zacus bagaimanapun mengakui beberapa kesalahan dan masalah yang berlaku seperti kerosakan penyaman udara dan rakaman video terhadap Kid dan Zippy.

“Penyaman udara memang ada masalah, tapi pihak pengurusan Team Lunatix telah memanggil juruteknik untuk membaiki. Isu ini selesai,” kata Zacus.

Berhubung isu privasi rakaman video, Zacus mengakui memang rakan sepasukannya yang dikenali sebagai Deto ada melakukan perkara tersebut.

“Deto kata dia dah minta izin mereka dan tunjuk video itu kepada mereka.

“(Namun) Itu memang salah Deto dan dia mengaku salah,” tambah Zacus.

Anda boleh baca kenyataan penuh Zacus, di media sosialnya yang turut mengulas mengenai permintaan pemain-pemain Myanmar untuk melihat gambar rumah sebelum menyertai Team Lunatix, tuduhan Kid yang kononnya pihak pengurusan ada mengugut pihaknya mengunakan kontrak dan perkara-perkara berkaitan.

Untuk konteks, ketika ini sedang tular mengenai isu pemain-pemain Myanmar seperti Kid dan Zippy yang pulang ke negara itu secara senyap-senyap baru-baru ini, walaupun Liga Profesional Malaysia Musim Ke-12 akan membuka tirai 18 Ogos nanti.

Berdasarkan situasi itu, Team Lunatix difahamkan kerugian hampir RM10,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved