VALORANT
Pemain pro MPL sertai skuad Valorant Team Secret
RIMURU, bekas pemain Jungler BREN Esports, kini sah kini menyertai divisyen VALORANT Team Secret untuk bersaing dalam Kejohanan VCT Pasifik 2026.
Team Secret mengumumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di media sosial baru-baru ini.
Menurut Team Secret, Rimuru akan bermain sebagai duelist.
Rimuru sebelum ini pernah bersaing dalam Liga Profesional Mobile Legends Filipina (MPL PH) Musim Kelapan 2021 bersama Bren Esports.
Dia akan bermain di VCT Pasifik 2026 yang akan bermula hari ini.
