PUBG Mobile
PMPL: Yoodo Gank sah dapat slot ke PMPL SEA Final
KUALA LUMPUR- Pasukan profesional PUBG Mobile yang sinonim dengan gelaran “The One and Onleh”, Yoodo Gank sah mendapatkan slot automatik ke kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) bagi Musim Kedua.
Ia berikutan kemenangan pasukan tersebut dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 pada Mei lalu.
Perkara tersebut diumumkan dalam penstriman langsung Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua seketika tadi.

Dalam PMPL MYSG Musim Kedua, Yoodo Gank menamatkan saingan bagi peringkat liga di tangga kesembilan dengan 549 pungutan mata.
Yoodo Gank yang terdiri daripada Azim Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (Man Parang), Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Azmal Jasni (iNaoki) berjaya mengutip empat Chicken Dinner secara total sepanjang peringkat liga.


Kapten pasukan Manparang pernah berkata dalam satu temubual tamat perlawanan bahawa peringkat liga PMPL menjadi platform bagi pasukan mereka untuk membina keserasian bersama ahli baharu, iNaoki sebelum peringkat akhir PMPL nanti.
Selain itu, pasukan Team Secret MY turut bakal mewakili negara Malaysia ke kejohanan Asia Tenggara tersebut nanti selepas muncul sebagai penyandang tempat pertama peringkat liga dengan 760 mata jauh di hadapan pasukan-pasukan lain.
Dua lagi slot akan diberikan kepada pasukan Malaysia ke peringkat antarabangsa itu dan ia akan ditentukan pada 25-27 September nanti dalam gelanggang terakhir 16 pasukan terbaik Malaysia, Grand Final PMPL MYSG!
BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final
