Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Yoodo Gank kutip Chicken Dinner kedua, jumlah kills Jumper kini 26 mata

Published

on

FREDO: Kami akan mendapatkan lebih banyak Chicken Dinner. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan pilihan Yoodo Gank hari ini mengutip Chicken Dinner yang kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Kemenangan itu dimiliki selepas menguasi peta Sanhok pada pusingan pembukaan hari ketiga, minggu pertama PMPL MY/SG seketika tadi.

Pemain Yoodo Gank Ahmad Fuad Razali (Fredo) mengharapkan itu bukan Chicken Dinner terakhir pasukannya pada hari ini

“Kami akan mendapatkan lebih banyak Chicken Dinner. 

“Selepas tamat perlawanan semalam, kami ada melakukan beberapa ulang kaji semula dan penilaian,” katanya kepada hos selepas tamat perlawanan.

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pada bulatan akhir menjadi pertarungan antara empat lawan tiga antara Yoodo Gank dan ESG Gaming. 

Meski Yoodo Gank mempunyai kelebihan pada jumlah pemain, namun pasukan ESG ketika itu berada di bahagian kawasan tanah tinggi yang memaksa Yoodo Gank untuk mendakinya.

Man Parang kemudian bertindak agresif dan maju ke arah ESG Gaming dan mematikan Bravo. Namun Man Parang ditembak Pemburu dan tidak dapat menggunakan kit pertolongan cemas.

Hampir melakukan kejutan selepas sempat mematikan Fredo yang berdekatan, Pemburu dan ESG Gaming terpaksa akur untuk memberi Yoodo Gank Chicken Dinner yang kedua selepas dia dijatuhkan jua pada saat akhir.

Pada pusingan Sanhok itu,  Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) meraih 4 mata bunuh (kills)menjadikan jumlah kutipannya setakat ini sebanyak 26 mata. 

Sementara itu, NED Brotherhood turut menunjukkan prestasi yang baik dalam peta Sanhok apabila mencapai 10 kills.

Tonton PMPL MY/SG di Facebook LIVE PUBG MOBILE. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved