Connect with us

PUBG Mobile

Format Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura PMPL MYSG

Published

on

Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura berlangsung gah di IO Esports Arena, Kuchai Lama. - Foto IO Esports

KUALA LUMPUR – Liga profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) telah pun membuka tiranya pada Selasa lalu dan bakal memasuki hari ketiga pada hari ini.

Umum mengetahui PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura yang melibatkan 24 pasukan.

LIHAT KEPUTUSAN TIDAK RASMI PMPL MY/SG SETAKAT 8 PAGI, 5 MAC 2020

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di kedua-dua negara itu.

Berikut adalah beberapa maklumat format liga yang anda perlu ketahui:

HABUAN KEMENANGAN

  • Hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 (AS$150,000)secara keseluruhan.
  • Juara akan bawa pulang kira kira RM62,000 (AS$15,000)
  • 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.
  • Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

FORMAT PERLAWANAN

16 pasukan teratas di peringkat pusingan liga akan ke Final.

Pada peringkat musim liga, 24 pasukan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C dengan format Round Robin.

Kumpulan A:

Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood

Kumpulan B:

Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil

Kumpulan C:

Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport

Sebanyak 6 perlawanan akan berlangsung pada setiap minggu, dengan 6 pusingan pada setiap hari yang ditetapkan.

  • Selasa dan Jumaat: Kumpulan A dan B
  • Rabu dan Sabtu: Kumpulan B dan C
  • Khamis dan Ahad: Kumpulan A dan C
Jadual PMPL MY/SG. Layari pmpl2020.com untuk info lanjut.

Jumlah Kiraan Mata pada setiap pusingan

  • 1 – 20 mata
  • 2- 14 mata 
  • 3 – 10 mata
  • 4 – 8 mata
  • 5 – 7 mata
  • 6 – 6 mata
  • 7 – 5 mata
  • 8 – 4 mata
  • 9 – 3 mata
  • 10 – 2 mata
  • 11-16  – 1 mata

Sementara itu, bagi setiap mata bunuh pada setiap pusingan akan diberikan 1 mata bagi setiap pasukan.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin bermula 3 Mac sehingga 22 Mac, pada jam 3 petang.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved