Connect with us

PUBG Mobile

Yoodo Gank raih Chicken Dinner pertama, Jumper catat 11 mata bunuh

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile popular tanah air meraih Chicken Dinner yang pertama dalam Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang berlangsung hari ini.

Yoodo Gank meraih mata kemenangan itu selepas menguasai bulatan akhir peta Miramar seketika tadi.

Menerusi mata kemenangan itu, Yoodo Gank kini berada di ranking pertama dengan 47 mata keseluruhan.

Pemain Yoodo Gank, Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) juga memperoleh 11 mata bunuh setakat ini selepas dua pusingan berlangsung.

Sementara itu, pemenang pusingan Geek Fam berada di belakang Yoodo Gank dengan mata 39 mata sementara Resurgence dan Axis MPX berada di kedudukan ketiga dan keempat dengan 29 mata.

Pasukan Singapura, Steel Heart menduduki ranking kelima dengan 28 mata.

Berikut adalah ranking kedudukan terkini:

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin bermula 3 Mac sehingga 22 Mac, pada jam 3 petang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved