Connect with us

PUBG Mobile

Bekas pengulas MPL, Peachism kini Ketua Kandungan EVOS SG/MY

Published

on

Peachism berkata tatkala dia hampir berputus asa sepenuhnya untuk kembali dalam organisasi e-sukan, pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Ivan Yeo, Matthew Chan mengembalikan semula semangat 1 % itu.

KUALA LUMPUR – Bekas pengulas Liga Profesional Mobile Legends : Bang Bang (MPL) Lee Sze Yean atau senang dikenali sebagai Peachism kini memegang jawatan Ketua Kandungan EVOS Singapura dan Malaysia (SG/MY).

Peachism berkata dia berharap dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai jenama EVOS SG/MY.

“Apabila saya menyertai sesebuah syarikat, saya sentiasa mahu membantu menaikkan lagi nama jenama syarikat itu dalam kalangan orang ramai.

“Saya berharap kami dapat menjadi organisasi yang terbaik sebagai satu jenama yang diingati, yang diminati peminat dan sudah tentunya menjadi satu tempat yang pemain rasa dihargai bersama kami,” kata Peachism kepada What’s The Meta Today.

Menurut Peachism, dia hampir berputus asa untuk berkhidmat bersama organisasi e-sukan sebelum ini.

Jelasnya, dia mahu bekerja kembali dalam agensi yang tidak mempunyai kaitan dengan e-sukan.

“Saya sepatutnya ‘berehat’ dari e-sukan untuk tempoh beberapa tahun dan saya pasti 99% yang saya tidak akan menyertai industri e-sukan.

“Ramai yang fikir industri e-sukan sebenarnya menguntungkan tetapi sebenarnya tidak,”katanya.

Peachism sebelum ini bekerja dengan Fire Dragoon sebelum ditukarkan menjadi FrostFire.

Dia juga pernah bekerja bersama syarikat penganjuran kejohanan e-sukan Mobile Star League (MSL).

“Pengalaman berkerja dalam organisasi e-sukan dan syarikat pengajuran e-sukan membuka mata saya.

“Mendekati bakat-bakat pemain membolehkan saya untuk memahami cabaran dan perspektif mereka dan seterusnya memikirkan bagaimana kami boleh membantu industri e-sukan menjadi lebih baik.

“Saya bersyukur diberi peluang sedemikian rupa dan saya berharap dengan kebolehan dan pengetahun yang ada, saya dapat membantu mengukuhkan industri e-sukan negara kita,” tambahnya.

Peachism berkata tatkala dia hampir berputus asa sepenuhnya untuk kembali dalam organisasi e-sukan, pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Ivan Yeo, Matthew Chan mengembalikan semula semangat 1 % itu.

“Apabila saya dihubungi Matthew untuk melakukan penggambaran PUBG Mobile, ia seperti terkena serangan tsunami.

“Tiba-tiba saya teringat memori indah ketika saya bersama Fire Dragoon dan sememangnya tanpa keraguan saya merindui perasaan itu.

“Pada detik itu, saya mengetahui, saya telah kembali ke pangkuan ‘rumah’ saya,” kata Peachism. 

EVOS SG/MY baru-baru ini memperkenalkan skuad PUBG Mobile mereka dengan mengadakan satu kolaborasi bersama VIP Squad. Kini pasukan itu dikenali sebagai EVOS VIP.

Ikuti perkembangan terkini EVOS SG MY di Facebook dan Instagram mereka.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved