Connect with us

PUBG Mobile

PMPL – Kemunculan istimewa OTG, akan mengulas perlawanan hari ini

Published

on

OnTheGo juga merupakan pengurus bagi pasukan PUBG Mobile Team Secret. - Foto Facebook / On The Go Productions

KUALA LUMPUR – Pengulas popular tanah air Parthiban Petchayappen atau senang dikenali sebagai (OnTheGo) akan membuat kemunculan istimewa dalam Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG) pada hari ini.

Menurut penganjur, OnTheGo akan mengulas sepanjang perlawanan yang akan berlangsung pada hari kelima PMPL yang melibatkan kumpulan B dan C.

Kumpulan B terdiri daripada Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX dan Team NoRecoil.

Manakal kumpulan C pula terdiri daripada Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming dan XPERT MY Esport.

Tonton PMPL MY/SG di Facebook LIVE PUBG MOBILE sekarang.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved