PUBG Mobile
PMPL: Pertama kali 4 pasukan PMCO di page kedua, TARA Proyecto X raih Chicken Dinner Keempat

KUALA LUMPUR – Keempat-empat pasukan elit PUBG Mobile Malaysia yang pernah layak ke Liga Asia Tenggara (PMCO) tahun lalu beraksi dengan kurang baik pada pusingan pertama hari keenam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).
Team Secret MY, EVOS VIP, Yoodo Gank dan Bigetron AROV berada di kedudukan antara tangga kesembilan hingga tangga ke-16 pada peta Sanhok seketika tadi.
Bagi pasukan Team Secret MY, EVOS VIP, Yoodo Gank masing-masing meraih 6 mata. Manakala pasukan Bigetron AROV hanya mampu mengutip 3 mata.
Pada pusingan itu menyaksikan pasukan milik pelakon popular tanah air, Nora Danish TARA Proyecto X menang Chicken Dinner dan dengan 13 mata bunuh.
TARA Proyecto X yang mendahului perlawanan hari keenam ini mengutip 33 mata dan 4 Chicken Dinner setakat ini.
TONTON LIVE PMPL MALAYSIA DAN SINGAPURA
PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.
Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.
Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.
Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.
Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin bermula 3 Mac sehingga 22 Mac, pada jam 3 petang.