Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Team Secret kutip Chicken Dinner kelima, 11 mata lagi untuk pecut BAPAK AH Esports

Published

on

Pasukan Team Secret juga berjaya mengumpul mengutip 38 mata pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 350 mata. - Foto Facebook / Team Secret

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile yang menjadi pilihan ramai, Team Secret berjaya meraih Chicken Dinner kelima secara keseluruhan dalam perlawanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) setakat ini.

Team Secret berjaya mengutip Chicken Dinner kelima itu selepas memenangi peta Miramar yang berlangsung pada pusingan ketiga PMPL MY/SG hari ini. Ia juga bermaksud Team Secret telah meraih juga tiga kemenangan menerusi peta itu.

“Pusingan seketika tadi sedikit mencabar apabila ketua pasukan dalam permainan kami mati lebih awal. Tapi kami bermain seperti biasa sahaja pada pusingan itu.

“Pada bulatan akhir yang berlangsung di bahagian bawah, kami mempunyai lebih ruang untuk bertarung. Ia tidak rata dan berbukit, sebab itu kami mampu boleh memberi saingan,” kata pemain Team Secret, Biubiu.

Biubiu berkata demikian ketika ditemuramah hos  Nik Harris selepas selesai melalui pusingan Miramar pada hari keenam PMPL MY/SG yang berlangsung di IO Esports Arena di sini, hari ini.

Selain itu, BiuBiu juga berkata mereka juga perlu sentiasa memperbaharui keserasian dan komunikasi antara pemain-pemain seperti pasukan lain.

“Kami perlu sentiasa belajar dan memperbaiki,” kata Biubiu.

Pasukan Team Secret juga berjaya mengumpul mengutip 38 mata pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 350 mata, iaitu 11 mata di belakang pasukan yang berada di ranking pertama Bapak Ah Esports.

Berbaki lagi 3 pusingan pada perlawanan hari ini, Team Secret dilihat berpotensi untuk memintas Bapak Ah Esports untuk menjadi pasukan terbaik pada minggu ini yang bakal mendapat habuan kira-kira RM5,000 (AS$1,200).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved