Connect with us

PUBG Mobile

PMPL – Jujurnya, susah nak menyesuaikan diri dengan PUBG Mobile – Fredo

Published

on

FREDO: Saya masih lagi cuba menyesuaikan diri dan mempelajari PUBG Mobile. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Ahmad Fuad Razali (Fredo) bagi pasukan popular tanah air, Yoodo Gank mengakui mengalami kesusahan dalam menyesuaikan diri dalam e-sukan PUBG Mobile.

Fredo berkata dia masih lagi menyesuaikan diri dan mempelajari selok-belok e-sukan itu.

“Jujurnya, memang susah nak menyesuaikan diri (berbanding e-sukan sebelum ini) kerana ini permainan baharu saya dan ia dalam kategori Tembak Pandangan Pertama (FPS). 

“Saya masih lagi cuba menyesuaikan diri dan mempelajari PUBG Mobile,” kata Fredo.

Fredo berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) Nik Harris selepas pasukannya menerima Anugerah Pasukan Terbaik (MVP) Minggu ini.

Fredo sebelum ini merupakan pemain profesional Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) dan pernah mewakili Malaysia untuk beberapa kejohanan antarabangsa bersama Team Bosskurr atau senang dikenali sebagai Team Saiyan.

Antara kejohanan yang pernah disertainya termasuk Piala Asia Tenggara (MSC) 2017 dan 2019. Fredo juga pernah bermain untuk Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura selama empat musim.

Pada Jun 2019, Pengurus organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, Nureddy Nursal mengesahkan bahawa Fredo akan berehat dari menyertai Mobile Legends secara kompetitif dan akan memberi tumpuan kepada PUBG Mobile.

BACA: Caprice mahu Fredo

Fredo juga pernah menyertai kejohanan antarabangsa di China iaitu Peacekeeper Elite International Championship 2019 dan meraih tempat ketujuh.

Selepas beberapa tempoh Fredo secara rasmi diletakkan bersama pasukan yang dilabel peminat sebagai Team 2020, Yoodo Gank.

Mereka kini sedang bertanding dalam liga utama tanah air, PMPL MY/SG yang bermula sejak 3 Mac.

BACA:Akhirnya, Team 2020 Yoodo Gank diumum secara rasmi

Selepas 6 hari perlawanan PMPL MY/SG, pasukan Yoodo Gank mendapat jumlah kemusnahan sebanyak 26,482 mata, 134 mata bunuh, 9897 mata penyembuhan, 43 mata menyelamat, bertahan selama 41 jam dan 26 minit serta meraih Chicken Dinner sebanyak 4 kali.

Secara keseluruhan, Yoodo Gank berada di tangga ketiga dengan 320 mata, berada di belakang BAPAK AH Esports 361 mata dan Team Secret MY 379 mata.

Liga utama Malaysia dan Singapura itu akan berlangsung semula untuk minggu kedua pada minggu hadapan.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved