Connect with us

PUBG Mobile

Yoodo Gank diberi penghargaan Malaysia Book of Records

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Nombor 1 Asia Tenggara Yoodo Gank mencatat sejarah tersendiri apabila kini menjadi salah satu pemegang Malaysia Book of Records.

Yoodo Gank atau sinonim dengan gelaran “The One and Only” dalam kalangan peminat diberi mencatat rekod kebangsaan bagi kategori Pasukan Pertama yang memenangi Kejohanan PUBG Mobile di Peringkat Asia Tenggara.

“Tahniah kepada empat pemain Yoodo Gank Aiman Mohamad (Man Parang), Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid(Draxx), Muhamad Izzrudin Hashim(Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) atas pencapaian anda dalam Rekod Kebangsaan E-sukan Malaysia.

“Teruskan berusaha mengatasi batasan dengan semangat ‘Malaysia Boleh’ untuk mencipta lebih banyak pencapaian luar biasa,” kata Malaysia Book of Records dalam satu kenyataan hari ini.

Pada bulan lalu, Yoodo Gank menggegarkan arena e-sukan PUBG Mobile apabila muncul sebagai juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Asia Tenggara.

BACA: PMPL SEA Final: Malaysia terbaik di Asia Tenggara, Yoodo Gank cipta sejarah

Ia merupakan penyertaan ketiga Yoodo Gank dalam kejohanan itu.

Selain itu, Yoodo Gank juga membawa pulang Anugerah Pasukan Paling Popular (Malaysia) dan Anugerah Pemain Terbaik (Gunkiller Player).

Sejak barisan ‘Team 2020’ Yoodo Gank diperkenalkan pada akhir tahun lalu, pasukan ini telah meraih pelbagai pencapaian antaranya:

  • Juara SEA Final Musim Pertama 2020
  • Naib Juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020
  • Naik Juara PMPL MY/SG (Peringkat Liga) 2020
  • Tempat Ketiga Selangor Cyber Games – Edisi Piala Duduk Rumah 2020
  • Tempat Ketujuh Kejohanan Peacekeeper Elite di China 2019

Sebelum ini Malaysia Book of Records telah memberikan pengiktirafan kepada beberapa penggiat e-sukan atas sumbangan dan pencapaian yang dilakukan untuk negara ini.

Berikut adalah senarai penuh pemegang Malaysia Book of Records, bagi kategori e-sukan:

  • BiuBiu (Pemain Profesional PUBG Mobile Team Secret)
  • Soloz (Penghibur Penstriman Langsung Team Bosskurr)
  • Wkyew (Pemain Hearthstone tanah air)
  • Yoodo Gank (Pasukan PUBG Mobile)

Menurut Malaysia Book of Records, pemberian pengiktirafan itu adalah untuk membantu menaikkan nama wira-wira tempatan termasuk pemain dan jenama e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved