Connect with us

PUBG Mobile

Kesemua bekas pemain Iluminate The Murder sertai Valdus Esports

Published

on

Foto : Valdus Esports

Bekas pemain pasukan PUBG Mobile Thailand Illuminate The Murder, Tinnapop Benjawong (MARTIN) Manun Yaepsungnoen (aRMJoNe) Sompong Kaewsawang (GODDARD) Supakorn Ektechawut (VELMOTH) dan Matus Ongsulapha (JCZ) sah menyertai Valdus Esports pada hari ini.⁣

Perkara itu diumumkan pemilik pasukan Valdus Esports Phongsakorn Phrom Thep dalam satu kenyataan di Facebook.⁣

“Terima kasih pemilik Illuminate Esports Khun Pat Srisa-An kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga pemain-pemain ini.

“Saya berjanji akan menjaga kebajikan pemain-pemain ini dengan sebaik-baiknya.

“Saya mahu memperbaiki industri tanah air kita dengan memberikan kerjaya kepada mana-mana anak muda yang mahu menjadi pemain e-sukan profesional,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Phongsakorn dia mahu menjadikan kerjaya sebagai pemain profesional sebagai satu perkara serius sehingga mampu menampung diri sendiri dan keluarga.

“Semua orang mempunyai mimpi, tetapi seseorang itu tidak akan mencapai impiannya kerana mereka tidak bangkit dari mimpi itu,” kata Phongsakorn.

Selain itu, Phongsakorn turut mengumumkan pengulas e-sukan Thailand, Suphakit Nonta (Zaffer) akan bertindak sebagai jurulatih pasukan itu.⁣

Pada pagi tadi, Illuminate Esports mengumumkan pihaknya telah melepaskan kesemua pemain PUBG Mobile itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Illuminate Esports Pat Srisa-An berkata kesemua pemain Illuminate The Murder itu akan meninggalkan organisasi itu untuk terus mencapai impian mereka dengan peluang yang baharu.

“Ini adalah satu pasukan yang kami tubuhkan bersama sejak ia tidak dikenali lagi.

“Ia memang satu perkara yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda pada hari ini,” kata Pat Srisa-An dalam satu kapsyen video di YouTube Illuminate Esports pada pagi tadi.

Illuminate The Murder merupakan antara gergasi PUBG Mobile di Thailand. Menerus kejayaan dalam Liga Profesional PUBG Mobile Thailand pada Mei lalu, pasukan itu berjaya mendapat slot ke liga dunia (PMWL).

Antara pencapaian yang berjaya diraih termasuk:

  • Juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Thailand 2020
  • Tempat Ketiga Liga Profesional PUBG Mobile Thailand 2020
  • Tempat Keempat Global Final Liga PMCO 2019
  • Juara Liga PUBG Mobile Axis 2019

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved