Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Semua pemain Illuminate The Murder dilepaskan

Published

on

Foto: YouTube / Illuminate Esports

KESEMUA pemain PUBG Mobile pasukan Thailand Illuminate The Murder dilepaskan dengan serta merta mulai hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Illuminate Esports Pat Srisa-An berkata kesemua pemain Illuminate The Murder itu akan meninggalkan organisasi itu untuk terus mencapai impian mereka dengan peluang yang baharu.

“Hari ini Illuminate Esports akan menulis mengenai pasukan ini buat kali terakhir sebelum atlet-atlet muda meninggalkan pasukan ini untuk mengapai impian mereka.

“Ini adalah satu pasukan yang kami tubuhkan bersama sejak ia tidak dikenali lagi.

“Ia memang satu perkara yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda pada hari ini,” kata Pat Srisa-An dalam satu kapsyen video di YouTube Illuminate Esports pada pagi tadi.

Jelas Pat Srisa-An, video itu menggambarkan kebanggaan pencapaian yang diraih bersama pemain-pemain Illuminate The Murder sejak ia ditubuhkan.

Barisan pemain utama Illuminate The Murder ketika ini adalah:

  • Tinnapop Benjawong (MARTIN)
  • Manun Yaepsungnoen (aRMJoNe)
  • Sompong Kaewsawang (GODDARD)
  • Supakorn Ektechawut (VELMOTH)
  • Matus Ongsulapha (JCZ)

Dalam video berdurasi lima minit 23 saat itu menunjukkan perjalanan dan pencapaian Illuminate The Murder sejak ia ditubuhkan pada 2018.

Video tersebut turut bertanyakan kepada pemain-pemain Illuminate The Murder, apa yang mereka impikan dalam e-sukan ini jawapan mereka:

MARTIN: Saya menjadi nombor 1 di dunia
aRMJoNe: Saya mahu bersaing di peringkat global
GODDARD: Saya mahu bermain di satu arena yang besar
VELMOTH: Saya mahu membuktikan diri saya bersama pasukan ini
JCZ: Saya bermain dan berseronok bersama rakan-rakan saya di arena antarabangsa.

Selepas soalan berkenaan, video itu memaparkan gambar dan video-video pemain Illuminate The Murder beraksi di kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Pada bahagian akhir video itu, Illuminate Esports menulis: “Anda telah mencapai impian anda. Jangan pernah berhenti bermimipi.”

Ia juga memaparkan logo Illuminate The Murder dengan tarikh 2018 sehingga 2020, seolah-olah memaklumkan pasukan PUBG Mobile itu telah dibubarkan sepenuhnya.

Illuminate The Murder merupakan antara gergasi PUBG Mobile di Thailand, antara pencapaian yang berjaya diraih termasuk:

  • Juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Thailand 2020
  • Tempat Ketiga Liga Profesional PUBG Mobile Thailand 2020
  • Tempat Keempat Global Final Liga PMCO 2019
  • Juara Liga PUBG Mobile Axis 2019

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved