Connect with us

PUBG Mobile

U Mobile Master Series: Pros Reborn juara minggu kedua, cipta rekod 3 Chicken Dinner berturut-turut!

Published

on

Pros Reborn juara UMMS Minggu Kedua. - Foto IO Esports

KUALA LUMPUR – 3 CHICKEN DINNER berturut-turut!

Itu adalah satu rekod baharu yang berjaya dicatatkan Pro Assassins Reborn (Pros Reborn) dalam kejohanan U Mobile Master Series PUBG Mobile⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ (UMMS) pada minggu ini.

Menerusi rekod itu, Pros Reborn mengatasi catatan kutipan Chicken Dinner secara berturut-turut Last Survivor Pegasus pada minggu pertama UMMS iaitu sebanyak dua kali.

Selain rekod itu, Pros Reborn turut menjuarai UMMS kali ini dengan 154 mata secara keseluruhan.

Pros Reborn dilihat berjaya mengekalkan konsisten sejak peta kedua yang berlangsung di Erangel sehingga ke peta kelima.

Mereka berjaya memberi satu perbezaan jarak mata yang agak jauh dengan penyandang kedua kejohanan ketika itu, iaitu Dingoz MX sebanyak 62 mata.

Ketika itu, Pros Reborn mengutip 114 mata manakala Dingoz MX pula 52 mata.

Pada peta kelima, satu lagi pasukan yang memberi saingan hebat pada minggu ini iaitu SW Guardians berjaya mendapat Chicken Dinner selepas gagal dalam beberapa siri percubaan bulatan akhir pada peta-peta sebelum ini.

Pada pusingan yang seterusnya, Dingoz MX seolah-olah mahu menukar nasibnya dari terus berada di tempat kedua dan hasil usaha mereka berbaloi apabila meraih Chicken Dinner pertama.

Dingoz MX juga dilihat sebagai salah satu pasukan yang konsisten kerana tidak terlalu too soon (tersingkir awal) dan mengutip kills (mata bunuh) yang sangat banyak berbanding pasukan lain.

Setakat pusingan keenam, Dingoz MX meraih 62 kills dengan satu Chicken Dinner.

Apabila pusingan berikutnya berlangsung di Vikendi, Dingoz MX sekali lagi berada di bulatan akhir menentang clan yang dilihat antara terbaik di Malaysia iaitu Last Survivor, yang memenangi UMMS minggu pertama.

Pada minggu ini Last Survivor menghantar skuad Last Survivor Terminator.

Last Survivor Terminator dilihat berjaya ‘mencuri’ beberapa kills dari Dingoz MX dan berjaya mendapat Chicken Dinner pertama.

Namun habuan besar menanti Dingoz MX ketika ini apabila dia berjaya memintas Pros Reborn dengan 5 mata di hadapan.

Pusingan kelapan menjadi medan terakhir untuk menentukan siapa yang bakal menjadi juara UMMS minggu kedua, memandangkan perbezaan jarak mata bagi kedua-dua pasukan itu tidak jauh.

Tidak mengenal erti putus asa, Pros Reborn kemudiannya bangkit dan mengejar 5 mata itu di Miramar.

Dalam peta itu, Last Survivor Terminator berjaya mengutip Chicken Dinner sekali lagi dan Pros Reborn turut memecut kembali untuk berada di tangga pertama dengan perbezaan 6 mata di hadapan Dingoz MX.

Dalam saingan sengit UMMS Minggu Ketiga itu menyaksikan Dingoz MX mengutip kills paling banyak iaitu dengan 76 mata secara keseluruhan.

Sementara itu, pemain Dingoz MX, xYolo turut dipilih untuk memenangi Anugerah Penembak Jitu UMMS Minggu Ketiga.

Barisan pemain Pros Reborn yang menyertai UMMS adalah Muhammad Aiman Hakim Abdul Halim (Racoon), Muhammad Hazman Rusli (IKAZI), Mohammad Zulhilmi Azman (MARTIN) dan Muhammad Aiman Abdullah (MICA).

Berikut adalah keputusan penuh kutipan Chicken Dinner UMMS Minggu kedua:

  • Map 1 – Sanhok – Regiment Malaya Rhino Gank⁣
  • ⁣Map 2 – Erangel – Pro Assassins Reborn⁣
  • Map 3 – Vikendi – Pro Assasins Reborn⁣
  • Map 4 – Miramar – Pro Assassins Reborn⁣
  • Map 5 – Sanhok – SW Guardians
  • Map 6 – Erangel – Dingoz MX
  • Map 7 – Vikendi – Last Survivor Terminator⁣
  • Map 8 – Miramar – Last Survivor Terminator⁣

UMMS ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣dikuasakan oleh U Mobile⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣, dianjurkan IO Esports bersama rakan media rasmi What’s The Meta Today.

UMMS turut disokong Tencent Games, Lightspeed & Quantum.

Sebanyak RM700 hadiah tunai dan juga hadiah UC disediakan dalam kejohanan UMMS.

Selain itu hadiah tambahan UC akan diberikan jika pemenang tiga pasukan terbaik merupakan pelanggan U Mobile. Mereka akan mendapat bonus dua kali ganda UC sebagai bonus. (Contoh: Pemenang 300UC x 2 = 600UC)⁣⁣⁣

Bagi anda yang mahu menyertai UMMS yang seterusnya, boleh bersedia pendaftaran minggu ketiga pada 2 Jun nanti, jam 2 petang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved