Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Fnatic akan bubar barisan pemain terkini selepas tamat PMPL

Published

on

Foto: Fnatic

ORGANISASI e-sukan antarabangsa Fnatic akan membubarkan semua pemain utama PUBG Mobilenya selepas Liga Profesional (PMPL) Asia Selatan tamat.

Dalam satu pengumuman, Fnatic berkata perubahan drastik itu perlu dilakukan agar setiap pemain dapat berjaya dan menjadi yang terbaik.

“Ia merupakan satu keterujaan dan kesulitan bagi kami untuk mengumumkan PMPL Asia Selatan akan menjadi kejohanan terakhir barisan pemain sedia ada.

“Barisan pemain ini akan selalu menjadi satu “Emosi.” Kami tidak mempunyai apa-apa melainkan kasih sayang bagi setiap pemain. Namun seperti jalan kehidupan yang lain, laluan individu tidak kekal.

“Apabila PMPL berakhir nanti, kami akan mendedahkan barisan pemain baharu. Kami memahami perkara ini mengecewakan anda,” kata Fnatic dalam satu kenyataan semalam.

PMPL Asia Selatan Musim pertama yang sedang berlangsung ketika ini menyaksikan Fnatic berada di tangga ketujuh.

Berbaki lagi dua minggu, liga itu bakal menjadi saksi terakhir barisan pemain utama Fnatic ketika ini.

Pemain-pemain utama PUBG Mobile Fnatic terdiri daripada:

  • Tanmay Singh (ScoutOP)
  • Harpreet Singh Janjuha (Ronak)
  • Mohammed Owais Lakhani (Owais)
  • Ashish Bhatnagar (Ash)
  • Gaurav Rawat (Franky)
  • Paritosh Sharma (Paritosh)

Antara kejohanan besar yang pernah dimenangi Fnatic termasuk menjuarai PUBG Mobile All-Stars pada Disember tahun lepas.

Sebelum ini, Fnatic membuka divisyen PUBG Mobile pada Oktober tahun lalu dengan memiliki pemain-pemain pasukan XSpark.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved