Connect with us

PUBG Mobile

Bigetron Malaysia henti sementara, AROV kembali bergerak sendiri

Published

on

KUALA LUMPUR – Operasi organisasi e-sukan Bigetron Esports bagi cawangan Malaysia, Bigetron Malaysia, akan dihentikan buat sementara waktu mulai hari ini.

Bigetron Malaysia berkata pihaknya akan “berehat” untuk ketika ini.

“Bagi peminat kami yang tertanya-tanya, kami tidak ke mana-mana. (Kami) hanya berehat untuk sementara waktu.

“Terima kasih atas sokongan anda semasa musim pertama Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Malaysia).

“Ini bukan pengakhiran buat kami dan kami akan kembali bangkit pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 23 Februari lalu, Bigetron Esports mengumumkan penubuhan cawangannya tersendiri di Malaysia.

Bigetron Esports turut mengumumkan pengasas pasukan AROV Esports Khairunnazri Masli (Boyka) akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Malaysia.

Organisasi itu turut mengadakan kolaborasi bersama jaguh tempatan, AROV Esports. Hasil kolaborasi tersebut, AROV Esports dijenamakan semula sebagai Bigetron AROV.

Bigetron AROV merupakan antara pasukan yang mendapat jemputan terus ke PMPL Malaysia dan berjaya meraih tempat ketiga pada Grand Final.

Menerusi kemenangan itu juga, pasukan itu berjaya melayakkan diri ke Grand Final PMPL Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Bigetron AROV mengakhiri PMPL Asia Tenggara dengan berada di tangga ke-12.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved