Connect with us

PUBG Mobile

Ayumi tinggalkan BAE Sphynx, beralih arah ke PUBG Mobile

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain profesional CSGO Battle Arena Elites Sphynx (BAE Sphynx) Nurul Aini (Ayumiii) kini tidak lagi bersama pasukan itu selepas kira-kira tujuh bulan bersama.

Nurul Aini berkata keputusan itu dilakukan berikutan dia mahu menukar perjalanan karier e-sukannya dari CSGO kepada PUBG Mobile.

“Saya menghargai setiap peluang yang diberikan sepanjang tujuh bulan ini. Saya membuat keputusan untuk tidak bersama kerana mahu menukar perjalanan kerjaya saya dari CSGO kepada PUBG Mobile.

“Terima kasih jurulatih Narinpal Singh kerana membimbing saya dalam pelbagai perkara. Selamat maju jaya kepada rakan sepasukan Sphynx untuk kejohanan yang akan datang.

“Saya berharap mereka akan menjadi juara Kejohanan Sukan Elektronik Asia Tenggara (WESG SEA) pada tahun ini,” kata Nurul Aini dalam satu kenyataan pada Isini.

Menurut Nurul Aini, dia kini mencari pasukan atau pemain PUBG Mobile yang berkolaborasi dengannya.

Nurul Aini merupakan antara pemain muda berbakat besar dalam arena CSGO.

Sebelum menyertai BAE Sphynx, Nurul Aini pernah bermain bersama WE Baeters dan pernah mewakili Malaysia bagi kejohanan ZOWIE Divina Asia 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved