Connect with us

PUBG Mobile

U Mobile Master Series: Belacan Gaming MY juara, rekod pembunuh jitu kini 28 kills

Published

on

Belacan Gaming muncul juara UMMS Minggu Ketiga

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Belacan Gaming MY muncul sebagai juara Kejohanan U Mobile Master Series (UMMS) Minggu Ketiga selepas mengumpul 149 mata secara keseluruhan pada grand final hari ini.

Belacan Gaming MY yang konsisten sejak awal perlawanan mengutip dua Chicken Dinner dan 52 mata bunuh (kills) dalam UMMS minggu ini.

  • Barisan pemain Belacan Gaming MY terdiri daripada:
  • Muhamad Firdaus Sharifuddin (joker)
  • Muhammad Amin Nuraiman Mazlan (Lexus)
  • Muhammad Nabil Aiman Muhammad Fadhil (aDaBeL)
  • Muhammad Afiq Muhammad Fadhil (Loki)

Mengikuti rapat di belakang Belacan Gaming MY, The Farang Furious hanya ketinggalan tiga mata dalam lapan pusingan yang dipertandingkan.

Tidak pulang dengan tangan kosong, The Farang Furious mencatat rekod kutipan Chicken Dinner paling banyak hari ini.

Pemain The Farang Furious, R3flect turut mencatat rekod Anugerah Penembak Jitu UMMS dengan 28 kills, sekali gus meleburkan rekod 24 kills yang sebelum ini dipegang tiga pemain PUBG Mobile iaitu Xyolo, Kid (Dingoz MX) dan Lekir (Last Survivor Pegasus).

Berikut adalah keputusan penuh kutipan Chicken Dinner UMMS Minggu ketiga:

  • Peta 1 – Sanhok – Last Survivor 3F⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 2 – Erangel – KARA Rebellion ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 3 – Vikendi – Belacan Gaming MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 4 – Miramar – Belacan Gaming MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 5 – Sanhok – The Farang Furious⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣Peta 6 – Erangel – The Farang Furious⁣⁣⁣⁣
  • Peta 7 – Vikendi – Last Survivor Terminator⁣⁣⁣
  • Peta 8 – Miramar – The Farang Furious⁣⁣⁣

UMMS ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣dikuasakan oleh U Mobile⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣, dianjurkan IO Esports bersama rakan media rasmi What’s The Meta Today.

UMMS turut disokong Tencent Games, Lightspeed & Quantum.

Sebanyak RM700 hadiah tunai dan juga hadiah UC disediakan dalam kejohanan UMMS.

Selain itu hadiah tambahan UC akan diberikan jika pemenang tiga pasukan terbaik merupakan pelanggan U Mobile. Mereka akan mendapat bonus dua kali ganda UC sebagai bonus. (Contoh: Pemenang 300UC x 2 = 600UC)⁣⁣⁣

Bagi anda yang mahu menyertai UMMS yang seterusnya, nantikan pengumuman dari pihak penganjur.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved