Connect with us

PUBG Mobile

Yoodo Gank akan sertai PMPL Scrim SA vs SEA esok sehingga 10 Mei

Published

on

PASUKAN Nombor 1 Asia Tenggara, Yoodo Gank akan menyertai satu sesi perlawanan persahabatan (scrim) antara pasukan-pasukan liga profesional (PMPL) Asia Selatan dan Asia Tenggara mulai esok.

Menurut penganjur scrim itu, Yoodo Gank (Malaysia) akan menyertai Onic Esports (Indonesia), FaZe Clan (Thailand) dan TalenT untuk (Vietnam) untuk mewakili rantau Asia Tenggara dalam scrim itu.

Sementara itu, 20 pasukan Asia Selatan telah disahkan menyertai scrim itu iaitu:

  • Fnatic (India)
  • Team Soul (India)
  • Marcos Gaming (India)
  • TSM Entity (India)
  • Orange Rock (India)
  • GODLIKE (India)
  • Team Tamilas (India)
  • SynerGE (India)
  • PowerHouse (India)
  • vsgCRAWLERS (India)
  • TeamIND (India)
  • Megastars (India)
  • UMExRxN (India)
  • Celtz (India)
  • JyanMaara (Nepal)
  • Team HYPE (Nepal)
  • Elementrix (Nepal)
  • DEADEYES GUY (Nepal)
  • Team Extreme (Nepal)
  • Instinct Esports (Bangladesh).

Scrim tersebut yang diadakan bakal 8-10 Mei, akan disiarkan secara langsung bermula jam 8 malam di Facebook PUBG Mobile.

Ia disertai 24 pasukan PUBG Mobile dari kedua-dua rantau itu.

Scrim istimewa yang memasuki minggu ketiga itu masih lagi didominasi pasukan Asia Tenggara apabila juara dunia Bigetron RA (Indonesia) memenangi scrim itu pada minggu pertama dan Made in Thailand (Thailand) pada minggu kedua.

Dua pasukan Malaysia pernah menyertai scrim itu iaitu Team Secret MY pada minggu pertama dan Ned Brotherhood pada minggu kedua.

Pada setiap minggu, scrim itu menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM12,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved