Connect with us

PUBG Mobile

2 kali rezeki tersekat di PMPL MY/SG, rupanya Allah bagi juara di SEA Final – Draxx

Published

on

KUALA LUMPUR – “Sehingga hari ini saya rasa bernasib baik.”

Itu kata pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan terbaik Asia Tenggara, Yoodo Gank, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx).

Draxx baru-baru ini merangkul Anugerah Gunkiller terbaik Asia Tenggara kerana prestasi cemerlangnya dalam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 pada hujung minggu lalu.

BACA: Malaysia terbaik di Asia Tenggara, Yoodo Gank cipta sejarah

Draxx berkata kemenangannya itu ternyata di luar jangkaan apabila dia dan Yoodo Gank pada mulanya hanya mensasarkan untuk melayakkan diri ke Liga Dunia PUBG Mobile.

“Saya tidak pernah terfikir untuk mendapat anugerah ini dan saya tak pernah rasa yang diri saya ini power (hebat) sebab ramai lagi pemain yang hebat. Sampai sekarang saya rasa bernasib baik.

“Sasaran utama kami pun untuk mendapatkan slot ke liga dunia, namun saya rasa memang satu bonus dapat juara dan anugerah pemain terbaik.

“Mungkin ini sebabnya kenapa rezeki kami tersekat di peringkat liga dan grand final PMPL MY/SG, rupanya Allah bagi juara di SEA Final. Syukur alhamdulillah perancangan Allah sememangnya hebat,” kata Draxx dalam satu temu bual ekskulsif bersama WTM Today.

Pada SEA Final Musim Pertama 2020 yang lalu, Draxx yang mengumpul 45 mata bunuh memintas pemain pasukan juara dunia Bigetron RA, Muhammad Albi (Ryzen) yang mengutip 30 mata.

Chicken Dinner ke-4 Yoodo Gank di SEA Final

WWCD moment Yoodo Gank di Erangel! ⁣⁣⁣⁣Demam, selsema tidak menjadi masalah untuk Draxx beraksi dengan baik seketika tadi!⁣⁣⁣⁣Semoga cepat sembuh Draxx!⁣⁣⁣⁣Ikuti WTM di platform media sosial kami: ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣📸 Instagram | @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣🗨 Facebook | What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣🎬 YouTube | wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣Video : Facebook / PUBG Mobile⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣#BukanSekadarMainGame #IniEsukanKita #WTMToday #MalaysiaBoleh⁣⁣ #BeTheOne #PMPL2020 #SEAFinalS12020

Posted by WTM Today on Sunday, 3 May 2020

Selain Draxx, tiga pemain Yoodo Gank turut berada dalam kelompok enam pemain terbaik.

Kapten Yoodo Gank Aiman Mohamad (Man Parang) berada di ranking ketiga (28 kills), Jumper di tangga keempat (27 kills) dan Fredo di tangga keenam (26 kills).

Menerusi kemenangan itu, Draxx mendapat gelaran Gunkiller terbaik di Asia Tenggara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM21,400 (AS$5,000).

Kejohanan SEA Final itu merupakan penyertaan ketiga Draxx dan Yoodo Gank di peringkat rantau Asia Tenggara.

Draxx memulakan karier sebagai pemain PUBG Mobile bersama Man Parang pada tahun 2018.

Dalam kejohanan sulung yang disertainya di KLCC Comic Fiesta 2018, pasukannya berjaya menjadi juara.

“Saya dengan Man Parang memang bermain sebagai satu pasukan dari dulu lagi.

“Sebelum kami bermain, saya ada nampak Man Parang ada buat satu post di Facebook yang mencari rakan sepasukan untuk bermain dalam kejohanan itu.

“Ketika itu, Man Parang tiada kenalan dalam PUBG Mobile sebab dia baru berpindah (dari PUBG PC). Jadi kami melakukan percubaan bersama dalam kejohanan itu dan menjadi juara,” kata Draxx.

Sejak pembabitannya dalam arena e-sukan PUBG Mobile, berikut adalah antara rekod pencapaian Draxx bersama Yoodo Gank:

  • Juara SEA Final Musim Pertama 2020
  • Naib Juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020
  • Naik Juara PMPL MY/SG (Peringkat Liga) 2020
  • Tempat Ketiga Selangor Cyber Games – Edisi Piala Duduk Rumah 2020
  • Tempat Ketujuh Kejohanan Peacekeeper Elite di China 2019
  • Juara Selangor Cyber Games 2019
  • Juara Kejohanan PUBG Mobile Malaysia 2018
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved