Connect with us

PUBG Mobile

Semangat 8X dihidupkan semula, Luxxy98, Samzie sah sertai EVOS VIP

Published

on

KUALA LUMPUR – Dua bekas pemain pasukan Ned Brotherhood,  Muhammad Danial Shahrom (LUXXY98) dan Muhammad Abdul Samad (xSamZ) sah menyertai EVOS VIP.

EVOS VIP berkata penyertaan kedua-dua pemain itu sebagai sebahagian daripada skuad utama PUBG Mobile itu.

“Ramai yang mahu gabungan LUXXY98 dan xSamZ DA dalam barisan pemain EVOS VIP. Sekarang ini ia telah menjadi satu realiti.

“Seharapnya dengan barisan baharu ini, kami dapat mencapai lebih banyak kemenangan Winner Winner Chicken Dinner,” katanya dalam satu video pengumuman pada malam tadi.

EVOS VIP dalam masa yang sama turut mendedahkan barisan utama EVOS VIP ketika ini iaitu:

  • Yakuza
  • Hyqul
  • xSamZ
  • LUXXY98
  • RaZor

Sementara itu, xSamZ berkata dia teruja untuk beraksi bersama Yakuza sekali lagi.

“Sebenarnya saya sangat teruja kerana dapat bermain dengan rakan sepasukan lama saya iaitu, Yakuza.

“Terima kasih EVOS Esports kerana peluang ini dan saya berharap dengan penyertaan ini saya dapat memberikan yang terbaik untuk EVOS VIP,” kata xSamZ.

xSamZ, LUXXY98 dan Yakuza pernah berada dalam satu pasukan e-sukan Rules of Survival.

Ketiga-tiga mereka bersama Raden Amer Farouqi Radin Jayakasuma pernah mewakili Malaysia dalam satu Kejohanan Grand Final Rules of Survival Asia Tenggara 2018 di Bangkok, Thailand dan meraih tempat kedua.

LUXXY98, Yakuza dan xSamZ ketika dalam Grand Final Rules of Survival 2018.

Meski ia satu pencapaian yang membanggakan, LUXXY98 berkata ia satu kisah yang lalu dan dia meletakkan satu harapan baharu bersama EVOS VIP.

“Saya harap dapat wakil Malaysia sekali lagi bersama EVOS VIP,” kata LUXXY98 secara ringkas dalam satu video pengumuman penyertaanya bersama pasukan itu.

EVOS VIP merupakan antara pasukan PUBG Mobile ternama di Malaysia.

EVOS VIP yang sebelum ini dikenali sebagai VIP Squad pernah menjuarai Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan 2019 dan pernah menyertai beberapa kejohanan antarabangsa seperti Liga PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Luruh dan Musim Bunga 2019 di China dan Piala Dunia PUBG Mobile Star Challenge 2019 di Riyadh.

Namun prestasi EVOS VIP dilihat semakin merudum terutama dalam Grand Final Liga Profesional Malaysia dan Singapura 2020 yang diadakan pada Mac lalu apabila pasukan itu hanya sekadar meraih tempat ke-14.

Pada peringkat liga yang diadakan selama tiga minggu, EVOS VIP hampir gagal ke final apabila mereka berada di tangga ke-15.

Dengan penukaran dua pemain baharu dan berpengalaman itu, mampukah semangat 8X mengembalikan saat kegemilangan EVOS VIP?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved