Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SEA Final: Zuxxy, Matthew ucap tahniah kepada Man Parang, Yoodo Gank

Published

on

RESPECT all, fear none,” kata John Wooden, Pemain Bola Sepak Amerika.

Kata-kata pujangga itu sering kita kedengaran dalam dunia sukan yang sangat kompetitif dan ia dilihat sebagai satu elemen penting dalam melahirkan pemain profesional.

Meski tewas pada Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 pada hujung lalu, tidak menghalang bagi dua pemain profesional Indonesia untuk mengucapkan tahniah kepada juara dari Malaysia, Yoodo Gank.

Pemain profesional PUBG Mobile Pasukan PUBG Mobile Bigetron Red Aliens Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan pemain Onic Esports Matthew Mayo dilihat meninggalkan ucapan tahniah kepada pemain-pemain Yoodo Gank di Instagram.

BACA: PMPL: “Jangan ribut, Man Parang juga temanku” – Onic Matthew

Dalam kejohanan SEA Final itu. Bigetron Red Aliens berada di belakang Yoodo Gank di tempat kedua, manakala Onic Esports pada tempat ke-16.

Sementara itu, Yoodo Gank, atau sinonim dengan gelaran The One and Onleh dalam kalangan peminat-peminatnya, dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia Tenggara selepas mendominasi gelanggang maya PUBG Mobile dengan cemerlang pada semalam.

BACA: Yoodo Gank trending di Twitter, dihujani ucapan tahniah

Yoodo Gank berjaya mengutip lima Chicken Dinner dari 15 pusingan yang dipertandingkan dalam SEA Final itu dan menjadikan markah keseluruhan sebanyak 284 mata, meninggalkan pasukan juara dunia Bigetron Red Aliens (Indonesia) sebanyak 97 mata.

Menerusi kemenangan di tempat pertama itu, Yoodo Gank secara automatik mendapat slot untuk bertarung di Liga Dunia PUBG Mobile dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM128,000 (AS$30,000).

Kemenangan Yoodo Gank turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Menteri Belia dah Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Yoodo Gank terdiri daripada empat pemain muda yang berbakat besar iaitu Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Sejak barisan ‘Team 2020’ Yoodo Gank diperkenalkan pada akhir tahun lalu, pasukan ini telah meraih pelbagai pencapaian antaranya:

  • Juara SEA Final Musim Pertama 2020
  • Naib Juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020
  • Naik Juara PMPL MY/SG (Peringkat Liga) 2020
  • Tempat Ketiga Selangor Cyber Games – Edisi Piala Duduk Rumah 2020
  • Tempat Ketujuh Kejohanan Peacekeeper Elite di China 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved