Connect with us

PUBG Mobile

Yoodo Gank trending di Twitter, dihujani ucapan tahniah

Published

on

Garis masa Twitter dihujani dengan ucapan tahniah kepada pasukan Yoodo Gank.

KUALA LUMPUR – Kata kunci “Yoodo Gank” menjadi sohor kini (trending) di Twitter sejak pagi tadi.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, Yoodo Gank tersenarai dalam kategori trending di bahagian pencarian Twitter sejak jam 6.32 pagi tadi.

Ramai dalam kalangan pengguna Twitter menggunakan kata kunci tersebut bagi merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan PUBG Mobile Nombor 1 Asia Tenggara itu selepas memenangi Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 semalam.

Antaranya, termasuk Menteri Belia dah Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyifatkan kemenangan Yoodo Gank itu sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan lebih hebat pada masa akan datang.

Selain itu bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut tidak ketinggalan dalam meraikan kemenangan Yoodo Gank.

Syed Saddiq berkata pencapaian Yoodo Gank sebagai pasukan nombor satu di Asia Tenggara itu sangat membanggakan.

“Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Selain itu, garis masa Twitter turut dihujani dengan kata-kata sokongan dan ucapan tahniah kepada Yoodo Gank atas mutu persembahan yang cemerlang dalam SEA Final 2020.

Yoodo Gank, atau sinonim dengan gelaran The One and Onleh dalam kalangan peminat-peminatnya, dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia Tenggara selepas mendominasi gelanggang maya PUBG Mobile dengan cemerlang pada semalam.

Yoodo Gank berjaya mengutip lima Chicken Dinner dari 15 pusingan yang dipertandingkan dalam SEA Final itu dan menjadikan markah keseluruhan sebanyak 284 mata, meninggalkan pasukan juara dunia Bigetron Red Aliens (Indonesia) sebanyak 97 mata.

Menerusi kemenangan di tempat pertama itu, Yoodo Gank secara automatik mendapat slot untuk bertarung di Liga Dunia PUBG Mobile dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM128,000 (AS$30,000).

Yoodo Gank terdiri daripada empat pemain muda yang berbakat besar iaitu Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Sejak barisan ‘Team 2020’ Yoodo Gank diperkenalkan pada akhir tahun lalu, pasukan ini telah meraih pelbagai pencapaian antaranya:

  • Juara SEA Final Musim Pertama 2020
  • Naib Juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020
  • Naik Juara PMPL MY/SG (Peringkat Liga) 2020
  • Tempat Ketiga Selangor Cyber Games – Edisi Piala Duduk Rumah 2020
  • Tempat Ketujuh Kejohanan Peacekeeper Elite di China 2019

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved