Connect with us

Mobile Legends

Tidak boleh bergantung kepada Oura sahaja, kami harus ke hadapan – Wannn

Published

on

Wann optimis dengan pasukannya, EVOS Legends - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

JAKARTA – Walaupun dengan ketiadaan Eko Julianto (Oura), matlamat EVOS Legends perlu diteruskan.

Itu hasrat pemain profesional Mobile Legends bagi pasukan EVOS Legends, Muhammad Ridwan (Wann) ketika mengulas ketiadaan Oura dalam barisan utama pasukan itu pada tahun ini.

“Kami perlu terus ke hadapan.

“Tidak boleh bergantung kepada seorang,” kata Wann kepada What’s The Meta Today selepas menghadiri sidang media Pelancaran Liga Profesional (MPL) Indonesia Musim Kelima di XO Hall, Tanjung Duren, di sini, hari ini.

Dia berkata demikian bagi mengulas keputusan bekas rakan sepasukannya, Oura yang memilih untuk bersara dari arena profesional.

Sementara itu, Wann berkata, secara peribadi dia mengimpikan untuk memenangi kesemua liga yang ada dalam arena e-sukan Mobile Legends.

“Saya teringan menang semua liga, dan akan datang memenangi Piala Asia Tenggara,” kata Wann.

Bagi tahun 2020, EVOS Legends baru-baru ini telah mengumumkan senarai barisan pemain utama mereka bagi tahun ini, iaitu: 

  • Rekt
  • Wann
  • Donkey
  • Vinsss
  • Luminaire
  • Butss
  • Bajan
  • Rexxy

Dalam satu video yang dimuat naik hari ini turut menyaksikan EVOS Legends masih mengekalkan Zeys sebagai jurulatih utama mereka, dibantu dengan Hydeobrien sebagai penganalisis.

EVOS Legends bersama 7 lagi pasukan terbaik Indonesia akan bersaing dalam Liga Profesional (MPL) yang akan berlangsung pada Februari nanti.

Liga musim kelima itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved