Connect with us

Mobile Legends

EVOS Legends umum barisan pemain utama baru, tanpa Oura

Published

on

Foto : EVOS LEGENDS

JAKARTA – Pasukan Mobile Legends nombor 1 dunia, EVOS Legends hari ini mengumumkan barisan pemain utama bagi tahun 2020.

Pemain-pemain tersebut adalah: 

  • Rekt
  • Wann
  • Donkey
  • Vinsss
  • Luminaire
  • Butss
  • Bajan
  • Rexxy

Dalam satu video yang dimuat naik hari ini turut menyaksikan EVOS Legends masih mengekalkan Zeys sebagai jurulatih utama mereka, dibantu dengan Hydeobrien sebagai penganalisis.

Video yang berdurasi 1 minit 35 saat itu mengundang pelbagai dalam kalangan peminat. 

Ada di antara mereka yang masih boleh menerima berita bahawa Eko Julianto (Oura) telah membuat keputusan dari arena profesional.

“Selamatkan Oura, legenda yang sebenar,” kata pengguna YouTube, Dim.

Sementara itu, ada juga yang menyifatkan EVOS Legends mampu mengekalkan takhta sebagai terbaik dunia tanpa kehadiran Oura.

“Ayuh EVOS! Lenyapkan suara-suara yang berkata tiada satu pasukan yang mampu jadi juara bertahan. Semangat! Jangan kasi luntur,” kata pengguna YouTube Faysal Yolandra.

Baru-baru ini, bekas pemain utama EVOS Legends Oura mengumumkan persaraannya dari arena profesional.

Oura yang sudah bersama EVOS sejak tiga tahun lalu berkata dia sangat bersyukur mempunyai rakan-rakan sepasukan dalam mencapai impian.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved